Arkib untuk Julai, 2010

MAHASISWA AGEN TRANSFORMASI

Posted: Julai 13, 2010 in Rencana

Perubahan merupakan cogankata yang kerap diperkatakan dewasa ini. Dalam konteks masyarakat kampus kini, mahasiswa-mahasiswi merupakan pemuda-pemudi yang subur untuk dijadikan agen kepada sesuatu perubahan. Apabila kebergantungan diletakkan kepada pemuda, bukanlah hal ini bermakna peranan orang ‘veteran’ dilupakan sepertimana fahaman Korainisme iaitu seorang pemimpin selepas berlakunya revolusi telah menuntut supaya dihapuskan kesemua orang tua supaya tidak menjadi beban kepada negara. Manusia mempunyai kebolehan dan kemampuan yang sesuai dengan tugas-tugas yang tertentu pada setiap peringkat usianya dalam kehidupan. Tugas pada masa usia kanak-kanak lain daripada tugas ketika usia belia, begitu juga dengan tugas sewaktu usia dewasa dan hari-hari tua.

Mahasiswa-mahasiswi adalah aset kepada negara. Oleh itu, mahasiswa-mahasiswi perlu mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan mampu membuat keputusan yang rasional serta mengkritik apabila berlakunya ketidakseimbangan dalam sesuatu perkara. (selanjutnya…)

Salam Perjuangan Mahasiswa! Pro Mahasiswa USM  kini berwajah baru dengan nafas baru dan harapan baru. Bersempena sidang akademik baru 2010/2011, Pro-M USM muncul dengan tema KEPIMPINAN, KEBEBASAN & KEBAJIKAN. Moto Pro-M USM adalah SEDIA MENDOKONG ASPIRASI MAHASISWA SEJAGAT. Kami mengharapkan agar kemasukan mahasiswa/i baru serta sekembalinya mahasiswa/i yang akan meneruskan perjuangan sehingga bergraduasi di Varsiti APEX menyemarakkan lagi budaya keintelektualan mahasiswa. Semoga mahasiswa/i sekalian terus bersama Pro Mahasiswa USM mendokong aspirasi mahasiswa sejagat.

oleh: Muhammad Hazimin Harun*

Suasana keilmuan dan akademik yang melingkungi kehidupan mahasiswa universiti menjadikan mereka golongan intelektual muda yang mampu disandarkan harapan. Namun mahasiswa hari ini dilihat semakin lesu dan hilang taringnya kerana kegagalan sebahagian mereka menghayati dan menjiwai peranan mahasiswa yang sebenar.

Masih ada mahasiswa hari ini selesa dengan peranan mereka sekadar belajar di bilik kuliah dan mengejar sekeping kertas ijazah dengan gred tertentu. Pada mereka, nilai kemahasiswaan keseluruhannya hanya terletak pada apa yang tercatat pada segulung ijazah. Berbekalkan ijazah, mudah bagi mereka membawanya ke sana ke mari untuk meminta belas simpati berupa habuan dan ganjaran bagi menyambung kehidupan.

Terlalu dangkal dan sempit matlamat ini untuk memberi nilai kepada makna mahasiswa. Matlamat ini hanya sebahagian kecil daripada peranan mahasiswa yang perlu difahami dan dijiwai.

Tidak sepatutnya matlamat ini menenggelamkan peranan dan fungsi lain yang utama. Kesungguhan mengejar cita-cita tidak sampai menjadikan kita sanggup membutakan penglihatan dan memekakkan pendengaran terhadap fenomena di sekeliling kita.

Mahasiswa tidak seharusnya selesa dalam kepompong dan dunianya sendiri. (selanjutnya…)