Arkib untuk Ogos, 2015

Hanif Mahpa dan Afiqah Zulkifli dua-dua dijatuhkan hukuman Gantung 2 Semester dan Amaran Keras.
Begitulah. Mahasiswa terus diikat ketat dengan undang-undang dan gertakan segelintir pihak yang memegang kuasa pentadbiran. Hanya kerana menganjurkan program berkenaan GST dan menjemput wakil daripada pihak yang tidak sealiran dengan pentadbiran universiti, kedua-dua mereka digantung pengajian. Nah! Kebebasan akademik bagaikan sudah tiada tempat lagi di sebuah institusi yang terkenal dengan imej Islamnya. Ternyata, konsep keadilan dan kesamarataan yang sepatutnya dihayati dan diaplikasikan dalam segenap aspek kehidupan kampus terbubar dengan tindakan berat sebelah seperti ini. Bagaimana pula dengan institusi pengajian yang lain?
Tolak program hiburan yang melampau. Tolak program yang tiada impak kepada mahasiswa. Suburkan universiti sebagai medan ilmu dan institusi mulia untuk para pendamba keilmuan.
Kepada ‪#‎UIA2‬, solidariti kami berikan kepada kalian. Semoga kalian terus tegap mendombrak halangan dalam memperjuangkan hak mahasiswa. Kepada pejuang mahasiswa yang lain, teruskan kemaraan dan segala mehnah mahupun tribulasi adalah adat dalam sebuah perjuangan.

Ahmad Sobri Bin Shaari,
Presiden Pro-Mahasiswa USM.

Advertisements