Arkib untuk Ogos, 2009

hajar-hassan

oleh: Siti Hajar Binti Hassan

Pabila tiba bulan kemerdekaan, pasti ramai pihak akan berpusu-pusu untuk menayangkan sikap patriotik dalam diri mereka. Pasti ada di antara kita semua yang berpusu-pusu untuk membeli bendera Malaysia. Mungkin yan gpaling besar itu paling patriotikdalam tanggapan sesetengah pihak. Mungkin juga ada yang tidak menghiraukan langsung tentang tibanya tarik keramat 31 Ogos. Namun, persoalan yang paling utama disini adalah, sejauh manakah kita menghayati kemerdekaan itu? Sebagai golongan mahasiswa yang punyai intelektual yang paling tinggi dalam masyarakat adakah kita menyedari bahawa di luar sana, masih ramai lagi yang kabur dan samar konsep merdeka yang sebenarnya.

Namun, saya tinggalkan persoalan ini untuk kita lihat renungkan bersama. Memetik penulisan Saudara Shafie Hashim, Pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya ” Dalam konteks mahasiswa pula pada saya belum lagi merdeka. Sejarah gerakan mahasiswa satu ketika dahulu menunjukan bahawa mereka benar-benar merdeka .

Merdeka dari sudut minda,  personaliti dan tindakan. Era 60an -70 an menukilkan sejarah mahasiswa yang tampil dengan spirit yang menggerunkan banyak pihak samada di kalangan mahasiswa dan pemimpin negara sendiri.

Keberadaan mereka di rasai oleh semua pihak. Perjuangan mereka tidak retorik, ada sahaja perkara yang tidak betul merekalah menjadi jaguh bagi membetulkan keadaan .

Lihat sahaja bagaimana kehebatan mahasiswa dahulu di dalam isu kemiskinan di Baling , Isu Hamid Tuah dan banyak lagi. Perjuangan mereka tidak kenal erti takut, erti di penjara, melainkan di hadapan mereka hanya ada  prinsip jelas  bahawa yang hak tetap hak , manakala yang batil tetap batil.Yang benar perlu di tegakkan , manakala yang salah perlu di hapuskan sama sekali. Bagaimana pula kita hari ini.

AUKU menjajah Mahasiswa ??

Kewujudan Akta Universiti & kolej  Universiti (AUKU ) 1975  telah merencatkan sebahagian besar mahasiswa  dalam segenap aspek pada ketika itu . Mahasiswa kembali lesu serta tidak proaktif dalam  berbincang dan berpencak seperti mahasiswa sebelum akta kuku besi itu wujud .

Walaubagaimanapun mahasiswa tetap bangkit meredah tembok yang kebal itu. (more…)