Arkib untuk Oktober, 2009

LEMBAH PANTAI, 12 Okt. | Lapan pemimpin mahasiswa yang sepatutnya dibicarakan atas pelbagai pertuduhan 11 pagi tadi, tiba-tiba mendapat arahan penangguhan serta-merta dari Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA); di sini.

Salah seorang Orang Kena Tuduh (OKT) Muhammad Haafizuddin Abererah (24) tengahari tadi menyifatkan penangguhan tergesa-gesa itu, seperti mempermainkannya.

“Saya bukan datang dari Kerinchi. Saya datang dari Pulau Pinang, Rasa macam ditipu. HEP memang tidak profesional.”

“Setelah lebih setengah jam menunggu, baru Encik Ambhihabathy (pegawai) beritahu perbicaraan ditangguhkan.”

Muhammad Haafizuddin AbererahBeliau yang juga mantan Yang Dipertua PMiUM sesi lepas berkata, HEPA sepatutnya memaklumkan lebih awal menggunakan telefon atau sistem pesanan ringkas (SMS), bukannya memberitahu secara tergesa-gesa seperti hari ini.

Ditanya tentang sebab musabah pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya, beliau mendakwa HEPA cuba menguatkuasa undang-undang secara terpilih, sedangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang baru dipinda membenarkan ahli politik mengakses mahasiswa di Universiti secara intelektual. (selanjutnya…)

Posted on 11:01 PM by SUARA SISWA

Minden: 1 Siswa 1 Malaysia 1 Aspirasi bukanlah suatu pemikiran baru tetapi sebaliknya mencedok atau membodek secara halus motto baru kerajaan Malaysia.

Bagi Pro Mahasiswa pula isu perpaduan bukanlah isu yang perlu diperdebatkan lagi, perjuangan mahasiswa sejak dahulu lagi sebenarnya, kita bersama-sama seluruh aktivis mahasiswa tanpa mengira kaum bersatu padu dalam memperjuangkan hak dan suara mahasiswa.

Menurut Aktivis Pro M USM, Abdullah Bin Ahmad, komunikasi 3, pihak Pro Aspirasi menyatakan slogan 1 siswa 1 Malaysia 1Aspirasi adalah untuk mempertahankan status quo golongan tertentu. Mahasiswa amat bimbang isu perpaduan ini dimainkan hanyalah untuk memperkuatkan pihak tertentu sahaja, bukan bermatlamat untuk menangani masalah perkauman.

Berbeza dengan kami Pro Mahasiswa, kita sejak dahulu lagi telahg tersemat di hati kami bahawa kami adalah satu bangsa Malaysia yang bebas dari mana-mana pengaruh penguasa atau pentadbir.

Kita juga sebenarnya bimbang dengan sikap taat membuta tuli Pro Aspirasi ini akan menghilangkan fungsi sebenar kita sebagai golongan semak dan imbang ataupun sebagai suara alternatif kepada sang penguasa dan pentadbir dalam memacu kesejahteraan dan kelestarian kehidupan manusia.