Arkib untuk Januari, 2009

DUTA-DUTA PRO MAHASISWA ANDA!

Posted: Januari 12, 2009 in Mainpost

100_2526

Saudara Adi Syahid Mohd Ali

Pengerusi Pro-M USM 2008/2009

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan/2

Calon Konstituensi Umum

100_0955

Siti Hajjar Hassan

Pusat Pengajian Teknologi Industri/2

Calon Konstituensi Umum

100_2782

Sawaluddin Rahmat

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan/2

Calon Konstituensi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

sufian4

kempen_nilai_baru_2_copyKesedaran

Hari ini sudah hampir dua minggu Rejim Zionis Laknatullah melancarkan serangan ke atas para pejuang-pejuang mujahidin Hamas. Sasaran juga tidak terkecuali pada penduduk awam tidak kira tua, muda hatta kanak-kanak. Seluruh dunia menyatakan simpati dengan serangan tersebut pelbagai cara. Tidak terkecuali juga bagi sebilangan rakyat Malaysia yang dalam hatinya punya kesedaran terhadap apa yang berlaku ke atas negara Palestin.

Pelbagai cara dibuat bagi memberikan kesedaran, mengutip dana, larian amal termasuk forum-forum dan kempen. Bagi Universiti Sains Malaysia (USM) sendiri selaku universiti tersohor pertama negara yang mendapat status Apex Universiti (AU) juga tidak ketinggalan mengadakan pelbagai cara bagi menyedarkan warga kampus tentang penderitaan rakyat Palestin. Namun, usaha ini tampak tidak mendapat sambutan hangat daripada warga kampus lantaran banyaknya program lain yang menjadi pilihan para pelajar.

Warga Hiburan dan Keseronokan

Penulis amat kesal dan hanya mampu menggeleng kepala apabila warga kampus Apex Universiti berpusu-pusu untuk ke Dewan Budaya untuk menghadiri Malam Kesenian Anak-anak Negeri bagi merebut Piala Naib Canselor 5hb lalu. Tatkala serangan hebat Rejim Zionis Laknatullah ke atas pejuang-pejuang islam kita di Palestin, warga kampus kita dengan tawa dan riangnya bersuka ria tanpa sekalipun memikirkan penderitaan yang dialami saudara-saudara seagama di Palestin. Bukannya yang menari dan terkinja-kinja itu bangsa cina, India ataupun mat saleh tapi warga kita yang beragama ISLAM. (selanjutnya…)

WE’RE BACK!

Posted: Januari 8, 2009 in Meja Editor

thumbnailcaodaiz2Assalamu’alaikum dan salam sejahtera, salam perjuangan dan salam Pro Mahasiswa. Maaf dari pihak Pro-M sendiri kerana sudah tidak lama mengepos apa-apa artikel selama lebih dua bulan atas sebab-sebab taknikal. Pihak kami berharap agar pembaca-pembaca blog rasmi Pro-M akan terus setia dengan kritikan yang membina dan sokongan yang tidak putus-putus. Salam PERUBAHAN dari pihak Pro Mahasiswa. Dari mahasiswa untuk mahasiswa. Sekian.