Arkib untuk Januari, 2011

ISU E-VOTING DI KAMPUS

Posted: Januari 28, 2011 in Berita Kampus, Rencana

E-voting atau electronic voting telah digunapakai oleh kebanyakan negara semasa pilihan raya. Antara negara terawal menggunakan e-voting ialah di Amerika. Bagi Malaysia, sistem ini masih lagi belum dilaksanakan dan mungkin juga tidak akan dilaksanakan di dalam pilihan raya umum. Tapi, sistem ini telah dilaksanakan di kebanyakan kampus di Malaysia terutamanya institusi awam seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Terengganu (UNT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Untuk USM, sistem ini tidak dilaksanakan.

E-voting boleh dikatakan pemudah cara semasa mengundi. Antaranya:

1. Menjimatkan masa pihak HEP dan pelajar

2. Menjimatkan duit

3. Lebih terurus

Namun begitu, terdapat beberapa persoalan besar yang timbul tentang sistem e-voting.

1. Adakah undi anda rahsia?

2. Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?

3. Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-voting?

Adakah undi anda rahsia? (selanjutnya…)

Advertisements

BENARKAH MAHASISWA KURANG MEMBACA?

Posted: Januari 26, 2011 in Rencana

oleh: Mohamad Iswandi bin Ishak

Teknologi Industri/ 2

 

Salam sayang buat mahasiswa USM.

Budaya membaca yang kuat adalah teras utama dan prasyarat untuk menjadi sebuah negara maju. Jatuh bangun sesebuah negara dan bangsa adalah bergantung kepada tahap pemikiran dan minda rakyatnya.

Hakikat ini tidak dapat dinafikan dan buktinya budaya membaca menjadi aspirasi negara dan masyarakat yang bertamadun. Oleh yang demikian, amat tidak masuk akal dan memalukan apabila sebuah laporan mendakwa pelajar universiti di institusi pengajian tinggi yang mewakili masyarakat berilmu di negara ini hanya sempat membaca 12 buah buku sahaja sepanjang mereka berada di menara gading.

Melihat kepada kajian tersebut, adalah dibimbangi apakah bentuk, rupa dan sifat generasi berilmu yang bakal dilahirkan oleh negara pada masa hadapan jika mentaliti, tahap dan status minat membaca yang terlalu rendah ini.

(selanjutnya…)

Himpunan Mahasiswa untuk Malaysia (HIMUM) yang dianjurkan  dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pada 1 Januari 2011 lalu berlangsung dengan jayanya yang turut dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswi seluruh Malaysia. Acara yang bertempat di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu tampak berbeza dengan himpunan mahasiswa anjuran SMM yang diadakan sebelum ini kerana HIMUM dilihat lebih santai.

Objektif HIMUM diadakan adalah untuk menghimpunkan mahasiswa sebagai tanda solidariti, menghasilkan deklarasi secara bersama untuk perjuangan mahasiswa 2011 serta memberi mesej kepada masyarakat bahawa mahasiswa bersama masyarakat dan segala tindakan mahasiswa ialah hanya untuk kebaikan Malaysia. (selanjutnya…)