Arkib untuk Mei, 2012

Saya cukup tertarik dengan beberapa pendapat mahasiswa yang mengatakan mahasiswa tidak perlu berpolitik, politik hanyalah untuk orang dewasa dan kita masih lagi terlalu muda untuk melibatkan diri dalam bidang tersebut. Tidak salah saya mengatakan pendapat ini ada betulnya bahkan Tun Dr. Mahathir sendiri pun melibatkan politik selepas beliau bekerja dan mempunyai duit dan kewangan yang kukuh. Namun perlu diingat, zaman telah berubah dan teknologi semakin maju. Tidak wajar sekiranya kita menyekat sepenuhnya mahasiswa dari berpolitik.

ASET YANG BERNILAI: Mahasiswa merupakan aset pelaburan jangka pajang yang cukup bernilai bagi sesebuah negara. Merekalah golongan berpendidikan yang akan menyumbang banyak kepada pembangunan negara. Bagaimana golongan yang dikatakan berpendidikan ini mampu memberikan hasil yang terbaik kepada negara sedangkan isu-isu semasa dan pengetahuan am berkaitan politik ini disorokkan dari mereka? Adakah wajar kita membiarkan mereka mengadap buku 24 jam semata mata tanpa mengetahui apa pun yang berlaku di sekeliling mereka?

MASA LAPANG: Mustahil kalau kita ingin mengatakan semua mahasiswa yang tidak ambil tahu berkenaan politik menghadap buku 24 jam. Habis, ke mana masa mereka disalurkan? ada yang bergiat dalam aktiviti mahasiswa, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya, namun perlu diingat, berapa ramai yang menghabiskan masa mereka dengan bermain game, tengok bola, gossip pasal artis, ber ‘facebook’ dan ‘chat’ sehingga pukul 3 pagi, saya tidak mengatakan itu perkara yang salah dan tidak salah kalau sekadar ingin melepaskan tension. Namun seandainya mereka mempunyai masa lapang untuk dihabiskan kedalam aktiviti tersebut, salahkah ada yang meluangkan masa untuk mengikuti perkembangan politik diluar? (more…)