Arkib untuk September, 2009

Oleh: Sumayyah Suhaimi

MINDENHEIGHT, 11 Sept. | Exco Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) Siti Hajjar Hassan mempersoal kemampuan mahasiswa untuk menjayakan gagasan 1Malaysia, ekoran mereka sendiri dikatakan tidak jelas tentang gagasan itu.

“Kebanyakan mahasiswa sekarang tak jelas gagasan 1Malaysia yang diperkenal Perdana Menteri Malaysia (Dato’ Seri Najib Tun Razak). Jadi, bagaimana mereka boleh realisasikan gagasan ‘1siswa, 1Malaysia’?”

Jelasnya lagi, sikap terus menerima apa jua dasar kerajaan tanpa terlebih dahulu menilai dasar-dasar tersebut disebabkan mahasiswa tidak tahu peranan masing-masing.

“Mahasiswa merupakan agen ‘check and balance’ kepada pemimpin negara. Jadi, kita perlu kritik idea-idea mereka, bukan terus terima bulat-bulat gagasan 1Malasyia.”.

Beliau yang bertanggungjawab mendraf gagasan ‘1Siswa, 1Malaysia’ mengajak seluruh mahasiswa berani mengkritik sebarang gagasan (termasuk 1Malaysia), tanpa mengira ianya datang dari jalur pemerintah atau oposisi.

Bercakap pada sidang media diPusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, di sini, beliau mendakwa sokongan membuta-tulis mahasiswa terhadap gagasan itu sebagai kosmetik dan retorik.

“Bagi saya, resolusi yang dicapai, (dan) dihantar kepada Kementerian (Pengajian Tinggi) hanyalah sekadar satu retorik.”

“Ia suatu kosmetik agar Najib melihat ia (resolusi MPPUSM) suatu sokongan kepadanya.”

Gagasan 1Malaysia mula diperkenalkan kerajaan Malaysia selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak dimahsyurkan sebagai Perdana Menteri ke-6 Malaysia.

Pengenalan gagasan itu, sekaligus menenggelamkan beberapa gagasan Perdana Menteri sebelumnya seperti Islam Hadhari oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi; dan Wawasan 2020 oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Bangi 4 September 02:12a.m │

Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Hisyamuddin Che Ali melahirkan nada kesal dengan tindakan berpuluh-puluh mahasiswa Indonesia yang menyerbu Kedutaan Malaysia di Jakarta semalam dan melemparnya dengan telur busuk serta menaikkan bendera Indonesia di kedutaan terbabit. indonesia

Menurut Metro TV, siaran televisyen Indonesia melaporkan bahawa perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia.

Bantahan itu turut dikaitkan dengan dakwaan bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (MPP UKM) berkata “tindakan keterlaluan” mahasiswa Indonesia itu boleh menimbulkan rasa kurang senang rakyat negara ini dan perkara ini tidak seharusnya timbul kerana menurutnya, setiap masalah yang wujud boleh diselesaikan melalui rundingan.

“Saya berharap agar pihak Indonesia mengambil jalan tengah menyelesaikan isu ini secara diplomasi dan jika tidak dapat diselesaikan secara elok, segala isu bertindih kedua-dua negara perlu di bawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa” katanya dalam satu kenyataan.. bakar bendera malaysia Sebelum ini, sekumpulan mahasiswa turut membakar bendera Malaysia di jalanan dua hari sebelum sambutan kemerdekaan ke-52 sambil melaungkan slogan “Ganyang Malaysia”.

Hisyamuddin berharap insiden yang menghina rakyat negara lain itu tidak berlaku lagi di masa depan.

“Jika tuduhan itu adalah palsu, mahasiswa Malaysia tidak teragak-agak melakukan perkara sama yang dilakukan mahasiswa Indonesia kerana tindakan mereka yang sanggup merampas dan menurunkan bendera di sesuatu kedutaan adalah satu sikap yang biadab dan tidak menghormati negara ini”

“Saya yakin bahawa mahasiswa Indonesia merupakan mahasiswa yang beridealis dan bukannya mengikut khabar angin mahupun emosi semata-mata. ” katanya beliau lagi.

Tambahnya lagi bahawa kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menyelesaikan segera isu ini dan jika benar kerajaan Malaysia bersalah dalam hal ini, kerajaan perlu meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Indonesia. (selanjutnya…)