Arkib untuk Disember, 2010

PRO-MAHASISWA USM pasti warga kampus terutamanya mahasiswa turut berbangga dan gembira dengan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia, skuad HARIMAU MALAYA. Oleh yang demikian, PRO-MAHASISWA USM mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak Kebangsaan yang berjaya menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam tadi.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang baik bagi pasukan bola sepak negara selepas 14 tahun menunggu untuk muncul sebagai negara keempat merebut kejuaraan itu selepas Singapura, Thailand dan Vietnam. (more…)