Arkib untuk Julai, 2013

Mesin ATM dalam USM kena kopak

Dua Remaja Pecah Mesin ATM USM Diberkas

GEORGE TOWN, 16 Julai (Bernama) — Polis Selasa menahan dua remaja lelaki berusia 14 dan 19 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes cuba memecah mesin teller automatik (ATM) dan mesin vendor minuman di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kedua-dua remaja terbabit ditahan oleh pengawal keselamatan USM selepas mereka didapati sekali lagi cuba memecah mesin ATM di kampus itu pada pukul 4.55 pagi tadi.

“Polis percaya kejadian ini dilakukan oleh sekumpulan lelaki dan kita sedang memburu tiga lagi suspek. Kedua-dua suspek ini adalah orang luar dan saya percaya kejadian ini dilakukan oleh orang yang tidak profesional.

“Cubaan mereka semalam dan awal pagi ini turut gagal…jelas sekali yang mereka ini tidak profesional. Mereka hanya cuba mengambil kesempatan untuk memecah mesin ATM itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Lokap Berpusat Bayan Baru dekat sini Selasa.

Pada perkembangan lain, Abdul Rahim berkata polis juga telah menahan seorang lelaki berumur 24 tahun bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang cedera akibat terkena tembakan di Perkarangan Golf View Bukit Jambul, dekat sini dua hari lepas.

Katanya, bagaimanapun polis belum dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai tangkapan itu.

“Polis masih meneruskan siasatan berhubung kes itu dan kanak-kanak itu masih menerima rawatan di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Pada kejadian Khamis lepas seorang lelaki melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan dari jarak lima hingga 10 meter dan satu daripadanya menembusi bahagian lutut kiri kanak-kanak yang dikenali sebagai B.Shawn Yashwin.

— BERNAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Ramadhan ke-8 PRO-M USM ucapkan buat semua pembaca yang beragama islam.

Dalam kita meraikan ramadhan, bulan yang penuh berkat ini, PRO-M USM menyeru semua terutama sekali umat Islam agar sentiasa mengambil tahu isu-isu semasa berkaitan dengan dunia global terutama isu yang berkaitan dengan saudara seakidah.

Umum tahu pergolakan di Mesir semakin hebat semenjak penggulingan Presiden Mesir, Dr. Mursi. Malahan hal ini turut sama memberi impak kepada penduduk Gaza. Sejurus penggulingan Mursi, terowong rahsia Gaza telah dimusnahkan dan waktu terowong dibuka ditentukan oleh pihak tentera Mesir. Perkara ini mengakibatkan penduduk Palestine semakin tersepit. Dr. Mursi, dipilih secara demokrasi, malangnya, digulingkan oleh tentera dalam keadaan yang kurang beretika. 

Kerajaan sementara diwujudkan dan dipimpin oleh Adly Mansour. Polemik terus tercetus sebaik dimaklumkan pergolakan di Mesir ada kaitan dengan Rumah Putih (White House). 

Menjatuhkan Dr. Mursi dalam tempoh kepimpinan yang masih boleh dianggap sebagai pra-matang adalah tidak wajar. Beliau dihukum oleh pihak yang anti dengan beliau seolah-olah beliau telah diberi mandat lebih lama daripada presiden sebelumnya, Hosni Mubarak. Dr. Mursi merupakan presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi dan menjadi pilihan majoriti rakyat Mesir. 

 

Image

sumber : https://www.facebook.com/pmram.org

Kami menyeru kepada semua agar terus mengambil bahagian dalam sebarang keadaan semasa walaupun sekadar membaca berita-berita berkenaannya. Sebagai mahasiswa, peranan kita bukan sekadar belajar ilmu seperti yang terkandung dalam slip, tetapi, kita perlu mengambil tahu perihal sekeliling kerana ianya merupakan suatu perkara yang tidak diajar dimana-mana kuliah secara spesifik. 

Sama-sama kita berdoa untuk umat Islam terutama di Mesir, Syria dan Palestin.

Mereka diuji secara fizikal, kadangkala mental. Tetapi kita di Malaysia, diuji secara mental hingga tidak sedar fizikal merana.

Pro-Mahasiswa

Sedia Mendokong Aspirasi Mahasiswa Sejagat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Image

Semakan keputusan provisional telah dibuka pada jam 9 pagi 16 Julai 2013 (hari ini).

Untuk semakan secara SMS, taipkan :  USM RESULT NO.K/P ANGKA GILIRAN hantar ke 15888
Keputusan boleh juga disemak melalui https://campusonline.usm.my/.

Tahniah bagi yang mendapat keputusan yang baik, teruskan momentum anda untuk mendapat yang lebih baik. Bagi yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan, pergiatkan usaha anda! Failure is not fatal.

Selamat Bergraduasi PRO-M USM ucapkan kepada yang bakal bergraduasi.

Ramadhan Kareem.
 “Transforming Higher Education for Sustainable Tomorrow” 🙂