Arkib untuk Julai, 2010

Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA) mengumumkan bahawa Kempen “Seorang Seringgit Untuk Menyokong Sook Hwa” telah tamat, dan ingin berterima kasih kepada penderma yang memberi sumbangan.

DEMA Malaysia {klik di sini}

Pada 4 Jun 2010, permohonan ulasan judicial bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggah dengan Perlembagaan yang dibuat oleh saudari Soh Sook Hwa telah ditolak oleh mahkamah, saudari Soh harus membayar kos mahkamah sebanyak RM3000 dalam tempoh 30 hari.

Kempen tersebut telah dijalankan di seluruh negara dari 14 Jun sehingga 1 Julai, selama 18 hari. Sumbangan boleh disalurkan melalui bank, atau kotak dermaan yang disediakan oleh DEMA di forum, jamuan, dan pasar malam untuk menunjukkan sokongan kepada Saudari Soh.

Selain mendapat sumbangan daripada orang awam, Pertubuhan bukan kerajaan juga memberi sokongan yang menggalakkan kepada kempen tersebut dalam tempoh ini. DEMA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua lapisan masyarakat yang menjayakan kempen ini (selanjutnya…)

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada seluruh warga MAHASISWA-MAHASISWI Universiti Sains Malaysia yang dicintai ini. Selamat datang ke dunia baru, yakni alam kampus. Jika dahulu ketika di sekolah, anda dikenali sebagai murid atau pelajar sekolah, tetapi setelah anda berjaya melangkah ke menara gading ini, anda kini bergelar MAHASISWA. Jika selepas ini anda memasuki alam bekerjaya dan digelar pekerja, pastinya tugas itu anda pikul sebaik mungkin, begitu juga di alam kampus, pikullah tanggungjawab anda sebagai MAHASISWA setulusnya. Dengan itu, bersama-samalah kita mengorak langkah menuju kejayaan bagi meneruskan tradisi keintelektualan di Universiti Sains Malaysia. Ayuh bersama, sedia mendokong aspirasi MAHASISWA sejagat.