Arkib untuk Ogos, 2010

Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh terpenting bagi negara kita, Malaysia tercinta. Justeru Pro-Mahasiswa USM mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53. Beruntung sekali kita kerana pada tahun ini kerana masih mengecapi nikmat keamanan di bumi Malaysia yang jauh sekali daripada peperangan fizikal yang menyakitkan dan memusnahkan. Namun, tidak pula dapat kita sangkal bahawasanya kita acapkali berada dalam situasi peperangan saraf.

Pada bulan kemerdekaan tahun ini, Pro-Mahasiswa USM mahu sekali mengajak para mahasiswa/i sekalian membebaskan pemikiran daripada sebarang penjajahan, prasangka dan kejumudan dalam berfikir. (selanjutnya…)

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah, kita bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan Ramadhan pada tahun 1431 Hijrah ini. Kami di pihak PRO MAHASISWA USM mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak khususnya untuk mahasiswa/i yang beragama Islam. Manakala bagi mahasiswa/i bukan Islam, bersama-sama kita suburkan budaya hormat-menghormati sesama kita di bulan puasa umat Islam ini agar dapat kita lahirkan suasana kampus yang bersatu padu dan memahami antara satu sama lain pada setiap masa.

Sudah pastinya Ramadhan pada kali ini berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana usia yang juga semakin meningkat. Jadi, mahasiswa/i perlu lebih merasai kehangatan Ramadhan dan menjadikannya agen kepada perubahan pada diri anda dengan memperbanyakkan amalan kebaikan dan kebajikan sepanjang bulan ini dan terus konsisten pada bulan-bulan seterusnya. Hal ini bagi memastikan nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam kalangan mahasiswa tidak mengira agama mahupun bangsa supaya budaya berkebajikan ini dapat diterapkan apabila mahasiswa mula bersama masyarakat kelak. (selanjutnya…)

Saban tahun detik gilang-gemilang ini dinantikan oleh seluruh MAHASISWA walau di mana kampus sekalipun mereka berada. Sudah pastinya bagi yang telah tamat pengajian dan bakal bergelar GRADUAN universiti adalah orang yang paling tidak sabar menanti peristiwa terpenting dalam kehidupan kampus iaitu MAJLIS KONVOKESYEN.

Sekalung TAHNIAH Pro Mahasiswa USM ucapkan kepada semua bakal graduan Universiti Sains Malaysia yang akan dianugerahkan segulung ijazah dalam UPACARA KONVOKESYEN KE-42 pada 4 hingga 8 Ogos 2010 ini yang diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra. Segala ilmu dan pengalaman bermakna yang telah diperoleh di USM, gunakanlah sebaiknya untuk kemajuan agama, bangsa dan negara. Teruskan tekad dan berusahalah untuk memajukan diri anda dan masyarakat Malaysia yang memerlukan perhatian anda sebagai memainkan peranan seorang siswazah intelek. (selanjutnya…)