Arkib untuk Disember, 2011

Hanya beberapa hari lagi mahasiswa-mahasiswi USM akan menghadapi peperiksaan yang sangat penting dan juga akan menyambut Tahun Baru 2012.

MPP Siti Nur Atikah Shamsuddin dalam notes beliau di dalam laman sosial Facebook telah mengucapkan selamat berjaya dalam peperiksaan dan memberi beberapa tips dengan menulis satu artikel iaitu “Kita Boleh Berjaya”.

Antara kandungan notes itu ialah beliau berharap:
Harapan saya, ia akan membolehkan kita melangkah ke dewan peperiksaan dengan lebih yakin dan boleh mengatakan “Aku Boleh Berjaya”. Dan juga supaya kita mampu melangkah ke dewan pepriksaan dengan yakin dan berfikiran positif. Bukan dengan ketakutan dan kelemahan, sebaliknya bangkit menjadi hebat” Persediaan rohani, mental dan fizikal sangat penting untuk kejayaan kita dalam peperiksaan.

Selain itu, di dalam satu lagi artikel salah seorang lagi MPP Pro-Mahasiswa, Mohamad Iswandi Bin Ishak, beliau mendoakan semoga kita semua mampu melakukan yang terbaik dengan usaha yang telah kita usahakan. Beliau juga mengatakan USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN.

Dikesempatan ini juga, Pro-Mahasiswa USM ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir Semester 1 sidang akademik 2011/2012. Kepada semua mahasiswa, diharapkan sentiasa tenang dan bersedia menghadapi peperiksaan. Jangan dilupa, slip peperiksaan, kad pengenalan, kad matrik dan alat tulis yang secukupnya dibawa ke dewan peperiksaan. Semoga anda beroleh kejayaan dan mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan yang anda tuntut sepanjang semester ini.

SELAMAT BERJAYA! GOOD LUCK!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Perjuangan Mahasiswa

Pro-Mahasiswa USM  telah melancarkan picture badges di Facebook Pro-Mahasiswa USM untuk kempen “Anti Fake Account On Facebook”.

Sejak akhir-akhir ini, Pro-Mahasiswa USM telah mendapati bahawa banyak “fake account” yang telah dicipta untuk melaga-lagakan mahasiswa serta membuat provokasi di facebook.

Oleh itu, Pro-Mahasiswa USM telah mengambil inisiatif untuk menjalankan satu kempen berkaitan “fake account”. Sebagai permulaan kempen ini, Pro-Mahasiswa USM melancarkan picture badges dahulu sebagai kempen kesedaran kepada pengguna facebbok terutamanya mahasiswa agar tidak menggunakan “fake account” untuk memberi pendapat atau komen serta membuat provokasi untuk melaga-lagakan mahasiswa.

Sekian, Terima Kasih.

Oleh:
Nor Aifa Binti Jamaluddin
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar USM (Pro-M USM)

Info: Kes Mangsa Keldai Dadah Antarabangsa.

16 Mac 2010
Dua wanita, G.Rasundri, 50 Tahun dan Darina Ibrahim, 43 Tahun yang bekerja sebagai tukang jahit di Kuala Lumpur ditahan di penjara Itali kerana membawa dadah jenis candu ke negara itu.

29 April 2010
Pelajar berketurunan Iban, Cristina anak Luke Miju, 22 Tahun ditangkap disebuah lapangan terbang di China selepas pihak berkuasa negara itu menemui sejumlah dadah di dalam beg tangannya.

16 Ogos 2010
Nur Dhiya Ain, 19 Tahun yang mengikut kenalannya seorang warga Afrika kerana mendapat tawaran pekerjaan ditahan polis Afrika Selatan di Lapangan Terbang Cape Town kerana membawa 1.2 kg dadah jenis syabu.

1 September 2010
7 gadis Malaysia nyaris ditahan pihak berkuasa si Karachi, Pakistan kerana disyaki menyeludup dadah ke negara itu selepas terpedaya dengan janji manis warga Afrika di Kuala Lumpur.

Kes penyeludupan dadah melibatkan wanita telah menjadi satu masalah rentas sempadan yang mendapat perhatian antarabangsa. Hal ini kerana, sebahagian besar mangsa mudah terpedaya dengan janji dan tawaran wang yang lumayan dengan bekerja di luar negara oleh agen yang tidak dikenali tanpa mengetahui mereka telah menjadi ‘keldai dadah’.

Sifat mudah percaya dan kelabu mata dengan kemewahan dan cinta yang ditawarkan oleh lelaki asing menjadikan wanita pendek akal dan mengambil keputusan terburu-buru hingga memakan diri sendiri. Selain itu, kehidupan yang mendesak seperti ketiadaan pekerjaan menjadikan mereka memilih pekerjaan ini sebagai langkah keluar dari masalah hidup.

Menurul laporan, pada awal Oktober lalu, dua wanita Malaysia ditahan atas kesalahan membawa dadah di Hulu Bernam, Selangor manakala dua lagi wanita ditahan di Pulau Pinang juga atas kesalahan yang sama.

Berdasarkan statistik yang dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim telah menunjukkan penahanan terhadap pendatang dari benua Afrika meningkat kepada 173 orang berbanding hanya 65 orang pada tahun lepas. Daripada jumlah itu, 139 adalah rakyat Nigeria dan ini menunjukkan peningkatan berbanding hanya 50 orang rakyat Nigeria yang ditahan pada tahun lepas kerana kesalahan dadah.

Beg Pakaian Yang Diubahsuai Untuk Menyimpan Dadah

Wanita-wanita yang terdesak terutamanya golongan belia merupakan mangsa yang dicari-cari oleh sindiket dadah dengan tawaran pekerjaan dan gaji yang lumayan. Oleh itu, golongan wanita terutamanya mahasiswi seharusnya berhati-hati dan curiga apabila bertemu dengan individu atau agen yang tidak dikenali yang menawarkan pekerjaan yang lumayan sebelum menyelidiki perkara tersebut dengan teliti. Tambahan pula teknologi komunikasi sekarang seperti Facebook merupakan medium perhubungan yang paling berisiko yang digunakan oleh sindiket dadah untuk memperdaya golongan wanita. Ibarat kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna.