Arkib untuk Julai, 2011

PRO-M USM: WALLPAPER RAMADHAN

Posted: Julai 31, 2011 in Uncategorized


FIRMAN ALLAH:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang terdahulu daripada kamu agar kamu bertakwa”. [Al-Baqarah: 183]

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Advertisements

SALAM RAMADHAN 2011, 1432H

Posted: Julai 31, 2011 in Uncategorized

Assalamualaikum dan Salam Pro Mahasiswa.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan rahmatNya kepada kita untuk bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, Bulan Ramadhan pada tahun 1432 Hijrah ini. Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Ramadhan kali ini sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana usia kita semakin bertambah. Jadi, kita perlu lebih merasai kehangatan Ramadhan kali ini dengan menambahkan amalan dan kebaikan berbanding dari Ramadhan sebelumnya. Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini, kerana kemungkinan kita tidak akan menemuinya di tahun hadapan.

Dalam konteks garapan penghayatan Ramadhan sebagai mahasiswa/i Universiti Sains Malaysia, pelbagai kelangsungan aktiviti boleh dijadikan ibadah bermanfaat. Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan Tuhannya. Memakmurkan malam-malam sepanjang bulan Ramadhan adalah sunat dan amat dituntut oleh Islam. Antara ibadat-ibadat yang dituntut sepanjang Ramadhan ialah solat Tarawih, membaca Al-Quran dan mengkhatamkannya sekerap yang mungkin.

Walaubagaimanapun, ianya bukanlah penghalang kepada efisien kecekapan tugas seharian sebagai seorang mahasiswa/i, sebaliknya mampu menjadi pemangkin kepada mereka yang benar-benar bertaqwa. Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan. Malam itu lebih baik dari seribu bulan.

Sebagai mahasiswa/i, Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia berharap inilah masa yang dinanti untuk menjadikan tanggungjawab yang kita pikul ini sebagai satu ibadah. Sesungguhnya setiap perbuatan yang dilakukan seorang Muslim akan dianggap sebagai ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki syarak. Penghayatan Ramadhan juga mampu diselami dengan meneliti kembali sunnah, sirah dan sejarah Rasullullah, para Sahabat serta Tabi’in tatkala mereka masih berada di dalam bulan ini suatu masa dahulu.

Oleh yang demikian, Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia juga menyeru seluruh mahasiswa/i untuk menghidupkan malam Ramadhan dengan penjanaan sinergi dan persekitaran yang soleh lagi kondusif. Semoga amalan yang dilakukan diterima oleh Allah.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa.

Artikel Oleh:

Siti Nur Atikah Bt Shamsudin

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar USM 2010/2011

Pusat Pengajian Sains Fizik

 

 

 

 

 

Fenomena lambakan mahasiswi di IPTA bukanlah suatu isu baru bahkan isu ini pernah di bincang dalam parlimen. Ada ura-ura yang mengatakan, pelajar lelaki akan di tawarkan lebih banyak tempat di universiti dengan syarat yang tidak terlalu ketat berbanding perempuan kerana statistik menunjukkan pelajar perempuan mendominasi 70% dari jumlah keseluruhan pelajar di universiti. Keadaan ketidakseimbangan ini sudah berlaku lebih sedekad lalu apabila kerajaan memperkenalkan sistem meritokrasi bagi kemasukan ke IPTA.

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2010, jumlah penduduk Malaysia mengikut jantina telah menunjukkan jumlah lelaki melebihi perempuan iaitu seramai 14,379.9 juta berbanding 13,870.6 juta. Namun begitu, keputusan permohonan kemasukan ke IPTA seluruh Malaysia yang diumumkan oleh Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi telah menunjukkan sebaliknya iaitu seramai 65.5% pelajar perempuan telah berjaya dalam permohonan.

Di Universiti Sains Malaysia, fenomena ini benar-benar berlaku dan dapat dilihat dengan jelas apabila banyaknya bangunan kolej kediaman/desasiswa disediakan untuk pelajar perempuan berbanding lelaki.

Persoalannya disini ialah dimanakah pelajar lelaki? Ada nada sinis menjawab, lelaki lebih banyak tertumpu di pusat serenti. Adakah itu jawapan persoalan ini sebenarnya? Beberapa kajian dan soal selidik telah dilakukan untuk mengetahui kecenderungan pelajar lelaki. Hasilnya, pelajar lelaki sebenarnya lebih menjurus kepada bidang kemahiran. Mereka tidak suka  membaca dan menghafal yang akhirnya ‘dimuntahkan’ atas kertas jawapan peperiksaan.

Oleh itu, kebanyakan pelajar lelaki mencari jalan keluar bagi permasalahan ini dengan memilih bidang pekerjaan atau melanjutkan pengajian di institusi lain seperti Politeknik, Institut Kemahiran, Institut Latihan Perindustrian dan sebagainya.

Kesimpulannya, semua pihak terutamanyan Kerajaan serta golongan mahasiswa-mahasiswi perlu komited dalam usaha memikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk memperbetulkan keadaan ketidakseimbangan ini supaya keperluan tenaga kerja dan pembangunan sumber manusia dapat diseimbangkan.