Arkib untuk Julai, 2012

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato ‘Omar Osman menyatakan bahawa ijazah yang dikeluarkan oleh USM selama ini mempunyai ciri-ciri keselamatan tersendiri.

Antara ciri-ciri keselamatan yang dijumpai dalam skrol ijazah USM ialah lakaran standard yang tinggi di seluruh kertas, tera air digital, logo USM yang baru, data yang tersembunyi kata-kata USM dalam tera air digital , lilin meterai, tandatangan Naib Canselor dan Pendaftar tanpa nama yang boleh diperiksa oleh USM dan beberapa ciri-ciri lain yang terdapat di belakang skrol ijazah. Setiap skrol ijazah juga mempunyai nombor siri, dimana kesahihan boleh disahkan oleh USM.

Disamping itu, semua skrol ijazah USM mempunyai satu salinan dalam Bahasa Inggeris serta transkrip yang mengandungi maklumat terperinci pencapaian akademik graduan. Nama setiap graduan juga disimpan sebagai data manual dalam Buku Graduan Warta Konvokesyen yang hanya boleh diakses oleh pegawai-pegawai tertentu USM.

(selanjutnya…)