Arkib untuk Jun, 2011

NRIC MEDAN INOVASI MAHASISWA

Posted: Jun 30, 2011 in Aktiviti

Pro Mahasiswa USM mengucapkan tahniah dan syabas kepada mahasiswa USM yang telah bertungkus lumus dalam usaha menjayakan Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan (NRIC) 2011.

NRIC 2011 kali ini dengan tema World Class Research And Innovation For Tomorrow’s Sustainability dilihat mampu menjadi platform kepada mahasiswa untuk mengenengahkan penyelidikan dan penciptaan mereka ke arah evolusi penciptaan dunia yang lebih lestari. Selain itu, Pro Mahasiswa USM juga berpendapat bahawa NRIC 2011 ini merupakan medium paling signifikan dalam usaha melahirkan generasi saintis masa depan yang berupaya menyelesaikan masalah dan memberi manfaat kepada negara dan komuniti setempat.

Usaha mahasiswa USM menganjurkan NRIC 2011 ini mendapat sokongan penuh dari Menteri Pengajian Tinggi. Menurut beliau, negara masih belum terlambat untuk melahirkan generasi saintis penyelesai masalah melalui reka cipta dan inovasi. Dalam usaha menstimulasikan budaya reka cipta dan inovasi, mahasiswa perlu berfikir secara luar kotak serta tidak hanya menumpukan kepada pemikiran dalam bilik kuliah sahaja.

Pro Mahasiswa USM juga berasa bangga atas kejayaan trio penyelidik muda dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, USM kerana telah menerima Anugerah Penyelidikan Terbaik NRIC 2011 dengan produk mereka yang dikenali sebagai “Alternative Sweetener From Biomass Waste For Healthier Lifestyle”. Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang NRIC 2011.

Advertisements

Artikel Oleh:

Nurul Husna Binti Omar

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar USM 2010/2011

Pusat Pengajian Sains Kajihayat

 

 

 

 

 

Dunia hari ini memperlihatkan penglibatan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira jantina perlu berusaha sedaya mampu untuk memajukan negara termasuklah dalam bidang pentadbiran awam. Dahulunya, wanita dilihat sebagai individu yang lemah dan tidak layak untuk membuat keputusan bagi sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan organisasi apatah lagi memegang kuasa.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan sudah meluluskan dasar 30% wanita diberikan tempat di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat. Menurut beliau, jemaah menteri telah bersertuju dengan permohonan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya lebih ramai wanita berkelayakan diberi peluang menjadi ahli lembaga pengarah syarikat. Sehubungan itu, pihak korporat diberikan tempoh peralihan lima tahun untuk meningkatkan bilangan wanita sebagai ahli lembaga pengarah dan memegang jawatan tertinggi di syarikat masing-masing.

Perdana Menteri juga menjelaskan, pada masa ini hanya 13% wanita telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah pada 2010 di syarikat Menteri manakala 200 buah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia sehingga November 2010 hanya 7.6% wanita dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.

Bagi memastikan dasar ini berkesan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama badan-badan seperti Khazanah Nasional Berhad, Malaysian Allieance of Corporate Directors akan merangka program latihan bagi menyediakan wanita yang berpotensi untuk dilantik ahli lembaga pengarah.

Pengikhtirafan ini bukan menjadikan wanita itu hebat dari lelaki tetapi menunjukkan bahawa kaum wanita juga mempunyai keistemewaan dalam memberi pendapat dan membuat keputusan. Islam telah lama mengangkat martabat wanita ke peringkat yang tinggi. Wanita sentiasa diberikan peluang untuk menyuarakan pendapat jika mereka melihat terdapat keperluan untuk berbuat demikian. Kadang-kadang stigma dalam masyarakat yang menafikan hak wanita untuk bersuara dan membuat keputusan bukan agama yang patut dipersalahkan. Jika tidak, masakan Saidatina Aisyah menjadi tempat rujukan para sahabat mengenai permasalahan agama dan terdapat wanita yang pernah mempersoalkan keputusan Saidina Umar Al-Khattab.

Sebagai kesimpulannya, wanita serta golongan mahasiswi perlu mengambil peluang dalam proses ‘decision making’ seoptimum mungkin bagi memastikan isu-isu mengenai wanita dan mahasiswi diberi perhatian dan tindakan sewajarnya. Menurut The Beijing Platform for Action, 1995: “…women’s equal participation in decision-making is not only a demand for simple justice or democracy but can also be seen as a necessary condition for women’s interests to be taken into account. Without the active participation of women and the incorporation of women’s perspective at all levels of decision-making, the goals of equality, development and peace cannot be achieved…”

 

Utusan Malaysia, 15 Jun 2011, Halaman 15


Pro Mahasiswa USM sangat kesal akan tindakan Utusan Malaysia yang mengeluarkan isu kartun “Kekeliruan Kes Rogol”. Pro Mahasiswa USM menyifatkan isu kartun ini pada mulanya bermotifkan polimik politik tanah air. Namun begitu, mesej yang cuba disampaikan oleh akhbar tersebut menunjukkan betapa primitifnya Islam dalam menghakimi sesuatu kes.

Secara tersurat menerusi lakaran kartun yang disiarkan, ia cuba menggambarkan seorang wanita yang mendakwa dirinya dirogol dan hanya mempunyai rakaman handphone sebagai bukti dan dakwaannya ditolak oleh “tok penghulu” kerana gagal membawa empat orang saksi sebaliknya dakwaan dia diterima oleh “datok”.

Menurut pandangan Dr Asri berkenaan isu kartun Utusan Malaysia ini
“..kartun Utusan itu memang salah faham tentang perbezaan zina dan rogol tapi apakah dia menghina Islam? atau itu satu sendaan kepada mereka yg salah faham tentang hukum tersebut? atau dia menggambarkan kesalahan faham sesetengah pihak atau dia hendak berpolitik sahaja atau memang menghina agama? semua itu perlu diteliti sebelum hukuman dijatuhkan…”

Persatuan Ulama' Malaysia

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir pula berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam. Jadi pihak PUM mencadangkan kartunis ini perlu diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.
“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam..”

Selain itu, pihak PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

Turut mengulas isu kartun Utusan Malaysia ini, saudari Fatin Syamila Binti Fadzil, Setiausaha Agung MPPUSM 2010/2011, beliau menegaskan tentang kepentingan akhbar sebagai medium penyebaran maklumat.
“..akhbar sepatutnya menjadi medium atau alat untuk menyebarkan kefahaman yang sebenar kepada masyarakat bukannya menambahkan kekeliruan. Hal ini kerana pensabitan terhadap jenayah rogol menurut sisi syarak tidak sama dengan pensabitan jenayah zina..”

Pada pandangan peribadi saudara Mohamad Iswandi Bin Ishak, ahli MPPUSM 2010/2011 (Pusat Pengajian Teknologi Industri) menyifatkan lakaran kartun yang dibuat ini sangat mendukacitakan kepada seluruh umat Islam.
“..sebagai seorang mahasiswa, saya merasakan tindakan mahasiswa yang mengoyak dan memijak akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini adalah wajar atas sikap biadap Utusan Malaysia yang mengeluarkan kenyataan yang bersifat provokasi yang menyentuh sentimen agama di negara ini yang juga boleh mejejaskan perpaduan kaum. Kini sekali lagi, Utusan Malaysia mengeluarkan kenyataan yang bersifat provokasi yang menyentuh sentimen agama dalam lakaran kartun..”

Konklusinya, Pro Mahasiswa USM sangat kesal dan sedih atas tindakan Utusan Malaysia yang mengeluarkan isu kartun “Kekeliruan Kes Rogol” ini. Diharapkan Utusan Malaysia selepas ini perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, karikatur dan sebagainya agar tidak menimbulkan provokasi yang menyentuh sentimen agama.