Arkib untuk Januari, 2010

Barisan Pro-Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (Pro-M) mengkritik perisitiwa jenayah yang berlaku semasa pilihan raya kampus yang lalu.

Pada 26 Januari 2010 (Selasa), rapat umum dijalankan. Barisan penyokong Pro-Mahasiswa telah mengangkat banner Pro-Mahasiswa dan memberi sokongan kepada calon Pro-Mahasiswa. Tiba-tiba seorang lelaki datang ke dalam kalangan penyokong Pro-Mahasiswa seolah-olah dia seorang penyokong. Dia memegang banner Pro-Mahasiswa dan menjerit “Hidup Pro-Pembangkang!”. Penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa telah mengenalpasti bahawa lelaki itu bukan penyokong Pro-Mahasiswa. Oleh itu, penyokong Pro-Mahasiswa telah berasa pelik tentang kelakuan lelaki itu. Mereka berasa lelaki itu berniat untuk merosakkan imej Pro-Mahasiswa.

Penyokong Pro-Mahasiswa telah meminta lelaki itu jangan memegang banner Pro-Mahasiswa. Namun lelaki itu menarik banner itu tetapi gagal. Dia meminta keluar daripada kumpulan penyokong Pro-Mahasiswa. Tiba-tiba lelaki itu pergi ke tengah banner dan mengeluarkan sebilah pisau lipat. Dia mengoyakkan banner Pro-Mahasiswa dengan pisau itu. Kerana terkejut dengan perbuatan tersebut, penyokong Pro-Mahasiswa menjerit dan menolaknya ke tepi. Pada masa ini, seorang pegawai datang dan membawa lelaki pergi. (selanjutnya…)

Sudut pidato atau biasa kita sebut ‘speaker corner’ adalah pentas bagi mahasiswa mengasah bakat berucap dan menggalakkan perbincangan intelektual.  Ketika Anwar Ibrahim memimpin Persatuan Bahasa Melayu (PBMUM) di UM, Anwar memanfaatkan sepenuhnya ‘speaker corner’ ini untuk menyampaikan idea dan gagasan beliau.  Apa yang penting di sini ialah, sebuah kepimpinan mahasiswa yang ada ideologi tersendiri terbentuk bila mahasiswa diberikan hak untuk bersuara, merasakan bebas untuk berfikir dan melontarkan idea serta tidak takut untuk berbeza pandangan.

Sebaik demonstrasi di Baling yang digerakkan mahasiswa, pihak kerajaan telah meminda AUKU pada 1975, dan antara kesan dari pindaan itu, ‘speaker corner’ telah diharamkan.  Pindaan ini telah mematikan gerakan mahasiswa di kampus.  Hasil desakan dan kritikan berterusan, kerajaan sekali lagi meminda akta ini, speaker corner kembali dibenarkan di universiti.  30hb Disember yang lepas, Dato’ Saifuddin Abdullah, Timb. Menteri KPT berkata sejajar dengan pindaan ini, speaker corner akan kembali diwujudkan dalam usaha menjana nilai keintelektualan mahasiswa.  Dato’ Saifuddin pun mengakui dalam 8 teras kokurikulum universiti, pengucapan awam berada di tangga paling bawah kini.

Namun keseriusan dan ketelusan kerajaan atau KPTM dalam usaha ini masih diragui.  Apa yang terjadi kepada forum e-voting di UM baru-baru ini sebagai contoh tidak menggambarkan hak dan suara mahasiswa dihormati? (selanjutnya…)

MENYOROTI KISAH POLITIK 2009

Posted: Januari 2, 2010 in Nasional, Rencana

Tahun 2009 baru melabuhkan tirai, dan kini kita melangkah ke tahun baru 2010. Seperti biasa, tahun baru datang bersama dengan azam baru. Sebelum kita memulakan langkah petama di tahun baru ini, sebagai panduan, ada eloknya kita memandang dan menganalisa segala peristiwa yang berlaku dalam 2009, sama ada pada diri kita sendiri, kampus, mahupun nasional.

Tahun 2009 diwarnai dengan pelbagai krisis politik yang sedikit sebanyak membuatkan kita kembali berfikir akan sistem pentadbiran negara masa kini. Tirai 2009 dimulakan dengan krisis perlembagaan di negeri Perak. Ia bermula apabila tiga orang adun dari Pakatan Rakyat bertindak mengisytiharkan diri mereka tidak lagi menyokong kepimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin yang membawa kepada kejatuhan kerajaan pakatan rakyat di Perak.

Masalah mula timbul apabila MB Perak dijatuhkan tidak melalui prosedur yang sah iaitu melalui sidang DUN, ia membawa kepada beberapa siri krisis yang berlarutan hingga kepda pertukaran Speaker DUN yang berjalan dalam keadaan yang begitu diragui. Isu ini menjadi buah perbincangan ramai pihak, dari rakyat bawahan, pelajar-pelajar IPT, ahli akademik, pemimpin politik. (selanjutnya…)