Sejarah PROMUSM

PRO-M

Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (Pro-M) merupakan platform yang menghimpunkan kepemimpinan mahasiswa sejati, pertubuhan-pertubuhan mahasiswa yang menjunjung kebebasan berpersatuan serta sukarelawan-sukarelawati yang cintakan kepemimpinan MPP yang benar-benar boleh mewakili suara mereka serta memperjuangkan hak-hak kebajikan mahasiswa.

Barisan kepimpinan MPP Pro Mahasiswa sesi 2007/2008:

  • Mohd Azahari Abu Bakar
  • Siti Rogayah Bahari
  • Nurul ‘Izzati Zamuri
  • Nur Mastura Mansor
  • Nor Harizam Abd. Majid

Barisan kepimpinan MPP Pro Mahasiswa sesi 2008/2009:

  • Adi Syahid Mohd Ali
  • Siti Hajar Hassan
  • Mohd Hisham Mohd Lee

Duta Pro Mahasiswa sesi 2009/2010:

  • Muslihah Mazlan
  • Tan Choon Jo
  • Lim Pui Hoon

Barisan kepimpinan MPP Pro Mahasiswa 2010/2011:

  • Mohamad Nur Lukhman Al Hakim Ismail
  • Musmuliadi Kamaruding
  • Mohamad Iswandi Ishak
  • Ahmad Muslihin Ahmad
  • Fatin Syamila Fadzil
  • Nurul Husna Omar
  • Nor Aifa Jamaluddin
  • Siti Nur Atikah Shamsuddin

Barisan kepimpinan MPP Pro Mahasiswa 2012/2013:

  • Muhammad Zaki Zainol
  • Muhammad Asra Rosnan
  • Rosdiana Rala

Kini, kita telah pun mempunyai jurucakap dan duta di semua Pusat Pengajian dan Desasiswa yang terdiri oleh pelbagai ideologi, cita-cita, kebangsaan serta kepercayaan adat resam. Cita-cita kita adalah perubahan kepemimpinan MPP dan cita-cita ini bukan hanya di Universiti Sains Malaysia, malah di semua IPT Malaysia atas nama Pro Mahasiswa Nasional.

MOTTO: Sedia Mendokong Aspirasi Mahasiswa Sejagat

PERUBAHAN dalam budaya akademik dan berfikir dalam kalangan mahasiswa selari dengan cita-cita Universiti.

PERUBAHAN dalam kepemimpinan mahasiswa (khususnya dalam MPP) agar mereka lebih mewakili mahasiswa serta memperjuangkan hak-hak mahasiswa; bukan memelihara status quo pihak-pihak tertentu (yang bukan mahasiswa).

PERUBAHAN dalam pergerakan persatuan-persatuan mahasiswa universiti dengan memberi lebih kebebasan berpersatuan, sokongan kewangan; bukan dikekang dengan birokrasi sempit oleh segelintir staf-staf BHEPP.

PERUBAHAN dalam diri mahasiswa dengan memperjuangkan hak mahasiswa dalam mengakses maklumat serta isu-isu kenegaraan, politik, sosial dan ekonomi selari dengan panduan ilmu, bahan bacaan serta tabiat berfikir mahasiswa itu sendiri; bukan dilayan semacam budak sekolah, diikat (dipaksa) dengan merit di desasiswa untuk menyertai program-program biasa, culture of fear dan sebagainya.

PERUBAHAN dalam sistem nilai kita melalui perjuangan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). AUKU ini telah menghalang mahasiswa bersuara pada kepemimpinan negara sekiranya melakukan sesuatu yang tidak relevan, menghalang mahasiswa bekerja walaupun sudah berusia lewat 21 tahun, menghalang mahasiswa terlibat dalam politik luar sedangkan dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan bukan sahaja membenarkan kita terlibat sekurang-kurangnya sebagai pengundi, malah sebagai calon pilihanraya. Natijahnya, kita dilayan semacam budak sekolah, bukan mahasiswa walaupun kita tinggi ilmu, tinggi rasional dan tinggi budi.

Komen-komen
  1. hamba Allah says:

    assalamualaikum…
    saudara menuduh yang BN itu perkauman…adakah saudara tidak tahu bahawa BN itu sendiri terdiri daripada parti2 yang mewakili semua kaum di Malaysia?…`pandai` sungguh saudara rupanya….saudara juga mengutuk aspirasi..tapi mengapa email web ini juga menggunakakn nama aspirasi?..wah2,berpoliltik betul saudara ye…ubah diri sendiri sebelum mengajak org lain berubah..jika tidak,saudara hanya akan mempengaruhi org lain untuk berubah menjadi lebih SESAT….selamat berpuasa dan selamat hari raya…

  2. Madi says:

    Wslm. Nape ko nie ngok sgt. UMNO kan ditubuh atas perkauman? Ko ingat klu dok dlm BN atas nama kaum, leh panggil parti xperkauman ke? Bukak balik lah sej.? Baru2 nie kes Ahmad Ismail, Ketua cauvenis UMNO dan kawan2 yg koyak gambar Koh Tsu Koon. Ape plak alasan ko? Hahahaha. Sah ko nie sesat. ahak..ahak..ahak..

  3. Madi says:

    Satu lagi, mamat Che mat Pooooolitik tu budak kelas aku. Dia nie pun slalu pooooolitik perkauman @ UMNO karat. hahahaaha. Poooooolitik PNGK 2.4 aje hahahaha

  4. che mat says:

    oit…sape kantoikan pointer aku…
    segan seh…ahaha

  5. ariffss says:

    Assalamualaikum.. salam ziarah.. tahniah.. isi yang baik, berani dan terbuka.. harap ia datang dari penulisan kalian sendiri dan bukan dari individu lain.. teruskan usaha.. semoga usaha dan perjuangan kita dirahmati Allah sebaiknya.. Salam aspirasi..

    *fegure mungkin lebih sesuai guna figure.. awalnya igt typo.. tp ia kerap digunakan.. maaf ats teguran..

  6. promusm says:

    Terima kasih. Kami telah perbetulkan typing error tu.

    Editor SM

  7. kelawarHijau says:

    Tahniah pro M USM. Hebat, kampus luar lembah Klang yg paling gagah pro M nya ana rasa.

  8. Nash says:

    aku tak rasa kita patut sentuh perkembangan politik luar dalam hal nie.. perkara ni adalah antara kita pelajar dalam universiti. tentang fahaman politik masing2, kita sama ada tunjuk lepas dah graduate, atau tunjuk atas kertas undi.

    sekarang kita nie bukannya nak jadi wakil rakyat.

  9. shayaumil says:

    salam
    tahniah saudara adi syahid!

    persoalan saya

    sejauh manakah DUN mahasiswa mampu untuk membincangkan isu2 yang diketengahkan?

    DUN yang ada pada hari ini masih banyak yg belum terjawab dgn pelbagai persoalan2 yang dikemukana?

    kebanyakkan yg kita lihat, di DUN ini hanya omong2 kosong tanpa pengerakan kerja pun

    Bolehkan saudara memberikan sedikt penjelasan dan bagaimana tentang DUN ini di mata wakil rakyat kelantan.. mereka ini perlu di follow up

    salam perjuangan!

    all the best

  10. sayavega says:

    oh.my.god.
    apa benda proMahasiswa ni? sejak bila ditubuhkan? apa matlamat sebenar yang ingin dicapai? kenapa sebarkan flyer sendiri, BeritaKampus tak dipandang ke? saya wakil daripada BK, boleh saya temubual sesiapa yang paling bertanggungjawab atas ProM ni? thanks for the answer..
    -vega

  11. ProM USM says:

    Oic. Salam perkenalan Cik Sayavega.

    Sebahagian soalan yang Cik tanya, telah pun dijelaskan dalam post di atas.

    ProM/SM sangat menghargai Berita Kampus. Bagi kami, SM masih mentah dan perlu banyak mengambil pengalaman dan spirit daripada Redaksi Berita Kampus.

    Kami membangunkan prasarana maklumat ini juga atas cita-cita yang sama, iaitu mahu mahasiswa mendapat maklumat dari pelbagai perspektif. ‘Freedom to Press’

    Jika Sdr. ingin menemu bual pihak kami, boleh emailkan jemputan ke reform.aspirasi@gmail.com. Sebelum ini, kami memang bercadang menemui pihak Berita Kampus.

    Kalau tak keberatan, beri email dll untuk dihubungi kelak. Harap maklum.

    ::MEJA EDITOR::

  12. sayavega says:

    thanks for the reply.
    i think I just wasting my time reading this blog.
    still, i confused. is this aspirasi’s blog? i dont think so.
    or blog anak negeri? i dont think so.
    so which mahasiswa that u represent?
    i think this is just another-so-called-thoughts.
    and if u really read BK, our email listed there.
    goodbye, good job, and selamat maju jaya ye.

    -vega

  13. promusm says:

    Ooohhh. Ic BK later. We will read that and give our resposibility soon for our USMs’ journalism. C u later yeah!

    ::CHIEF EDITOR::

  14. Nash says:

    i think that they are representing those who are unhappy towards the University’s policy. an unsignificant minority i should say.

  15. Saiful says:

    Assalamualaikum, salam Promahasiswa

    Saya rasa elok dan lebih sesuai jika moto: “Bersama Universiti Menjunjung Perubahan” ditukarkan kepada “Bersama Universiti Merintis Perubahan”. Perkataan “merintis” lebih sesuai digunakan berbanding dengan perkataan “menjunjung”.

  16. Hurm says:

    ape nak jadi ngan org melayu.

    bila susah, merengek rengek nakkan bantuan atas dasar melayu.

    dah dapat, dah senang, berlumba-lumaba nak musnahkan diri sendiri.

  17. ukhti serikandi says:

    salam..pelik eh..naper blog nie dah x di update..naper, dh xder modal ker? syg blog yang bagus macam nie, tetiba sejuk membeku..xkan cuti sem maka perjuangan pun terhenti..

  18. Hamba Allah says:

    salamz, di tujukan khas kpd semua ahli promasisiwa, wahai manusia yang diciptkan tuhan, Alhamdullilah kerana mempunyai akal yang sempurna, fikirkanlah menggunakan akal yang diberi ini, bagaimana anda hendak menbawa orang lain berubah, sedangkan diri anda sendiri tidak berubah… FIKIRKANLAH BAHAWA DIRI KITA TIDAK SEMPURNA, JANGANLAH BERFIKIR ANDA INI ADALAH SEMPURNA, TERLALU SEMPURNA!!! PERLU DI INGAT ALLAH S.WT MENGETAHUI SEGALA-GALANYA. WASALAM

  19. Azz says:

    salam…

    nk tnya sket bley..huhu
    Azz blk2 je msuk pintu de 2 pamplet bwh pintu dh..
    hurm, tP pamplet tu xde cop ‘rasmi’ yg membenarkn ianya diedarkn scr rasmi..
    yela bkn ape, klo nk wat keje baik jgn la takot2.. g r mintak kebenarn HEPP tul2..

    jgn mare~~
    wasalam

  20. promusm says:

    waalaikumsalam…
    nak tanya banyak pun boleh..
    saya pun pernah dapat banyak pamplet..
    pamplet orang jual kacamata, pamplet tawaran kerja part time,
    tidak kurang notis-notis orang menjual kuih, perfume dan sebagainya.
    dan saya tidak melihat sebarang jenis cop yang ada di situ.
    bukannya kami takut, tapi masalahnya adakah HEPP akan memberi kerjasama kerana hal ini mampu menggugah kedudukan mereka.. x mare..

  21. promusm says:

    assalamualaikum.. terima kasih atas teguran..
    no body is perfect right???
    we are no body…
    so.. we are perfect..
    Allah jugalah yang Maha Sempurna..
    dan hanya Muhammad bin Abdullah satu2nya manusia yang sempurna

  22. Azz says:

    salam..

    btul gak tu, klo mtk kt HEPP diaorg x bnrkn KOT..haha
    pe2 pun, kirenya proM ni wat keje senyap2 la..
    xpela, harap2 niat n tindakan tidak tergelincir dr syariat..

    wasalam

  23. FiKrAH FiKIRaN says:

    assalamualaikum….salam perpaduan…salam ukhwah

    Alhamdulillah, terdetik hati ini untuk merencanakan sedikit tulisan biasa…dari insan biasa…kepada mereka yang juga saya anggap ‘insan’….moga-moga perkongsian minda ini diharap dapat terus menjalinkan hubungan sillaturrahim yang utuh kepada kita semua…insyaAllah….

    PEMIMPIN….KEPIMPINAN…..dan..subjek yang DIPIMPIN…
    semuanya ada peranan dan karekter tertentu yang sewajarnya dimainkan secara kolektif…

    tanpa PEMIMPIN….tiada visi dan misi yang dapat direalisasi….tanpa KEPIMPINAN…ibarat ‘orang bodoh yang pandai bercakap, tapi tak pandai nak buat’…..dan tanpa subjek yang DIPIMPIN…..maka, tiada lah wujudnye mana-mana institusi atau komuniti…

    maaf….mungkin tulisan saya ini agak kasar…dan mungkin kadang-kadang terlalu defensif…..namun, saya cuba untuk merungkai seribu persoalan di minda kalian secara profesional..bukannya emosional….

    dan….ingat…saya hanyalah seorang pelajar ‘biasa’..yang masih ‘neutral’….tiada kecenderungan kepada mana-mana perjuangan…ASPIRASI..mahupun gerakan PRO MAHASISWA……

    banyak lompong yang saya lihat pada kedua-dua subjek ini….ASPIRASI bersama agenda pembangunan lestarinya…dan PRO-M bersama dengan kata azimat ‘perubahan’ yang masih tidak jelas dari konteks pelaksanaannya…

    ya…mungkin apabila merencanakan sesuatu agak mudah..sekadar atas kertas….namun, apabila tiba masanya untuk gerakan pelajar merealisasikannya, bukan mudah….

    dan..apabila kita saling menindas….memprotes tak tentu hala….memperjuangkan atas dasar ideologi yang bercanggah…secara tidak sedar kita sedang menuju ke arah yang merosakkan ikatan hubung baik sesama pelajar….

    ideologi PRO-M vs ideologi ASPIRASI…

    tolong laa…saudari Adi Syahid….
    jangan perjudikan ikatan ini atas dasar percanggahan ideologi yang longgar…..
    dan satu lagi….jadilah PEMIMPIN yang berkarisma….bukannya gah, megah, hebat berhujah di hadapan….namun kentar di belakang…..

    andai saudara rasa perjuangn saudara kental…..realisasikan..kotakan apa yang saudara khabarkan….tentang HEP habis habisan..muncul di mata rakyat USM sebagai idola….secara total…bukan secara berselindung..mahupun takut-takut…

    dan biarkan peribadi dan akhlak terpuji jadi topik perbualan pelajar harian……

    ‘double check’ semula..jangan saudara rasa terlalu selesa…mungkin ada hati yang saudara telah guriskan….mungkin ada perilaku saudara yang sumbang dan wajar diperbetulkan…..

    matlamat tidak mengharapkan cara…….jangan selalu ketawa..kerana akhirnya, kita akan menangis pula….imej ISLAM jangan dicemar…PEMIMPIN terpuji saya sanjung…..tiada wayang..tiada skreen…..rakyat USM sentiasa jelas….walaupun bukan semuanya..tetapi masih tetap ada mata yang memerhati…AWAS!!!

    insyaAllah…..kritikan dan sumbangsaran lanjut saya pohon….moga yang terbaik untuk kita semua….semoga mahasiswa cemerlang…dunia akhirat…….aspirasi dan mahasiswa berganding tenaga mencapai matlamat…….

    syukran jazilan……-kryz-

  24. FiKrAH FiKIRaN says:

    assalamualaikum..salam muhibbah…..

    Dalam diam….dalam x sedar..kita semakin apa, leka, lalai, dan cuai…..

    semuanya terlalu taksub dengan perjuangan..tanpa mendalami erti sebenar perjuangan itu…

    ya!!..tahniah…..kepada calon-calon kita pada rapat umum pertama malam semalam…..baik yang ASPIRASI mahupun PRO-M.

    akan tetapi…terkadang-kadang….hati ini ragu-ragu akan keikhlasan kalian dalam melontarkan idea dan kata-kata semangat dalam pentas manifesto semalam….

    dan…agak kecewa sebenarnya…bagi kedua-dua belah pihak……provokasi yang diwujudkan tidaklah menzahirkan identiti dan redibiliti sebenar kita semua sebagai mahasiswa terbilang…..kedua-duanya sama…….ibarat budak sekolah tadika….terjerit sana…terjerit sini…….lompat sana..lompat sini…….laungan takbir yang tdak ikhlas….guna pendekatan agama, permainkan kalimat mulia….selepas itu diiringi gelak ketawa…..x cukup lagi, terkeluar pula nama pemimpin politk paling hangat dalam negara….apa ni???? tolong jangan persendakan agama yer!!…..bukan semua …tetapi tetap ada…..

    saya cuba untuk mengenali dan menyelami dunia politik kampus secara perlahan-lahan……

    malam semalam…2 jam saya bersama seorang sahabat saya lagi..berdiri…..anya berdiri dibelakang…memerhati gerak laku kalian semua…….rasa nak tergelak pun ada……

    dan……biarkan masa menentukan……manusia tetap boleh berubah…cuma mereka terkadang-kadang tidak sedar bila mereka telah berubah…..baik geng mantan YDP Che’ Mat….mahupun pemimpin kalian yang semakin menempa populariti saudara Adi Syahid…….namun………jauh dilubuk sanubari kalian..tahu tentang apakah perkara pokok yang menjadi dasar perjuanagn kalain…..

    saya harap..moga rapat umum malam ini…lebih matang..lebih profesional……dan calon kedua belah pihak pula……melontarkan sesuatu yang saya harap boleh ‘mencuri’ hati saya……

    moga yang terbaik buat kita semua…insyaAlah………

    syukran jazilan……..-kryz-

  25. promusm says:

    waalaikumsalam, salam muhibbah.. Fikrah fikiran.. saya dahului dengan ucapan terima kasih atas komen yang panjang lebar. apa yang boleh saya katamengenai dunia politik kampus adalah, dunia yang sememangnya tidak semua orang faham atas matlamat mana-mana pemimpin. Dan untuk pemimpin itu sendiri memahamkan ahli-ahlinya mengenai matlamatnya, bukanlah mudah. Apatah lagi memahamkan mahasiswa-mahasiswi yang out of this politic world. semuanya memakan masa yang panjang dan juga kesabaran. pernah tak saudari mendengar pepatah ‘kebenaran yang tidak terancang akan tumpas pada kebatilan yang terancang??’ munkin orang yang berada di pihak saudari tidak merasa apa yang di pihak ProM rasakan.
    saudari, sesungguhnya kita tidak dapat menilai keikhlasan seseorang melalui apa yang kita lihat. bukankah keikhlasan itu diumpamakan seperti semut hitam di atas batu hitam pada malam yang gelap gelita?? MashaAllah..
    sekian, terima kasih..

  26. husna says:

    Salam..perjuangan menegakkan kebenaran bukanlah mudah..perlukan kekuatan,marilah kita sama2 berjuang..jangan kita complaint sahaja..kita kena kaji dan nilai..lama2 mahasiswa akan sedar..mana yang benar atau tidak..saya..disabotaj,maruah sya tercemar,pada ry itu perkara biasa dalam perjuangan,saya bersyukur berada bersama Pro mahasiswa..

  27. husna says:

    Kita kadang2 tidak dapat melihat kerana kita tidak mahu berfikir..Banyakkan berfikir,kerana setiap perkara yang berlaku ada sebabnya..Pro Mahasiswa tidak sabotaj pihak musuh,tidak menabur fitnah..lihatlah blog2 pihak musuh,nilai lah,saya sangat2 bersyukur bersama Pro Mahasiswa..

  28. muein says:

    salam perjuangan

  29. muein says:

    kpd hamba Allah, tahukah anda : WAJIB BERDAKWAH WALAUPUN DIRI BELUM SEMPURNA? kite boleh same2 bermuhasabah namun dlm masa sama, jgn bputus asa kpd pihak yg brusaha mlakukan prubahan (kalau prubahan itu ke arah yg lebih baik) kpd promusm, tlong kirim salam kat 4 singa dari UKM-Hilman, Ismail, Arif , n Firdaus

  30. FiKrAH FiKIRaN says:

    assalamualaikum….salam muhibbah….
    promusm..terima kasih atas respon yang saya kira mula tampak kredibilitinya….tahniah sekali lagi atas rezqi Allah swt yang mana memberi peluang dan ruang kepada perwakilan anda memperoleh kerusi dalam MPP sidang ini…moge fikrah kalian tidak luntur dimamah masa. ahamdulillah….nampaknye rakyat usm mula sedar akan pentingnya perkembangan arus politik kampus yang sihat…..

    ya….tidak dapat dinafikan….kebenaran akan mengatasi kebatilan….akhirnya….tasik yang keruh akan perlahan-lahan menjadi jernih…..faktor masa dan kondisi yang menentukan…..saya berharap agar masa itu akan tiba juga….

    terbukti……tahap rasional manusia ini kadang2 dipengaruhi oleh emosi…..ideologi mencorakkan kepengikutan….kepengikutan mesti didahului oleh kepimpinan yang relavan…

    subjek sekarang adalah ….PEMIMPIN….
    sejarah dunia jelas membuktikan bahawa betapa besar pengaruh PEMIMPIN dalam mencatur buah catur dunia…tak perlu saya hurai dengan lebih panjang….namun….realitinya…..tanpa PEMIMPIN…..pengikut akan hilang fokus dan arah tuju…

    dalam konteks politik kampus pula…saya kira….kualiti PEMIMPIN itu kita ada…..namun……terdapat percanggahan hala tuju…..

    akan tetapi…jika dilihat dari aspek politik…..percanggahan idea itu amat perlu…kewujudan ‘pro’ dan ‘cont’ adalah menjadi satu prioriti….supaya wujudnya satu gerak kerja yang lebih stabil, efektif, praktical, dan yang paling penting ber’impak’ positif….khususnya kpd rakyat usm…..

    teori..’check n balance’ itu saya kira amat perlu….dalam menggubal sesuatu dasar..atau lebih tepat dalam konteks perwakilan…merancang satu ‘program’ dalam kalender mahasiswa……

    jangan dilihat pecahan kerusi sebagai sesuatu masalah….tetapi keteguhan pegangan sebagai satu akidah yang utuh…….

    mungkin terdapat politik dalaman…namun…..suara yang diwakili bukan calang-calang kualiti dan pengaruh kuasanya…..

    jangan sampai kita terbawa-bawa, cara yang dilihat kurang ‘sopan’ sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah ahli politik luar yang hanya pandai memporak-perandakan keamanan negara…..biarlah kita tujukan satu teguran yang ‘berhikmah’…….andai kata memerlukan kekerasan..itu adalah jalan penamat…..opsyen yang terakhir….

    saya hanyalah ‘insan’ biasa…tapi janganlah pihak anda andaikan saya sebagai seorang yang ‘buta politik’….

    mungkin ada lagi insan yang diluar kencah yang kelam kabut ini lebih ‘layak’ menduduki ‘kerusi-kerusi YB’ kalian…..mungkin ada lagi bijak pandai yang buat masa ini memilih untuk menjadi ‘pemerhati’…….mengkaji, mentafsir dan mengimbangi pencapaian kalian sebagai perwakilan….

    jangan biarkan budaya kritikan membina ditelan zaman..PEMIMPIN yang hebat adalah PEMIMPIN yang mampu memberi kritikan dan dalam masa sama menyerap kritikan secara profesional..bukannya emosional……

    semoga yang terbaik buat kita semua…jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur…..ilmu itu amatlah indah…lagi banyak yang dibelajar, lagi haus..lagi banyak yang kita ingin…..ibarat setitik air di lautan……….

    syukran jazilan…….

  31. Islamiyyah says:

    Salam..
    Tertarik sebenarnya dengan matlamat yg diperjuangkan.
    Doa ana..semoga diteruskan dan semoga berjaya..Bersama membawa hikmah di dalam perjuangan…

  32. sam says:

    tahniah pro mahasiswa usm… SEMOGA PRO-M USM LEBIH MATANG DAN MEWAKILI KAMI MAHASISWA DI USM NIE… MUDAH2AN KAMI AKAN MEMPUNYAI WAKIL PENUH DI SELURUH USM TAHUN HADAPAN… MAHASISWA HIDUP 2010/2011!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  33. promusm says:

    Jika diizinkan Tuhan. InsyaAllah. Terima Kasih sam.

  34. waalaikumsalam, salam muhibbah.. Fikrah fikiran.. saya dahului dengan ucapan terima kasih atas komen yang panjang lebar. apa yang boleh saya katamengenai dunia politik kampus adalah, dunia yang sememangnya tidak semua orang faham atas matlamat mana-mana pemimpin. Dan untuk pemimpin itu sendiri memahamkan ahli-ahlinya mengenai matlamatnya, bukanlah mudah. Apatah lagi memahamkan mahasiswa-mahasiswi yang out of this politic world. semuanya memakan masa yang panjang dan juga kesabaran. pernah tak saudari mendengar pepatah ‘kebenaran yang tidak terancang akan tumpas pada kebatilan yang terancang??’ munkin orang yang berada di pihak saudari tidak merasa apa yang di pihak ProM rasakan.saudari, sesungguhnya kita tidak dapat menilai keikhlasan seseorang melalui apa yang kita lihat. bukankah keikhlasan itu diumpamakan seperti semut hitam di atas batu hitam pada malam yang gelap gelita?? MashaAllah..sekian, terima kasih..
    +1

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s