Arkib untuk Jun, 2010

Pada 4 Jun 2010, Saudari Soh Sook Hwa yang memohon ulasan judisi ke atas kes AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan telah ditolak oleh Makahmah Tinggi. Oleh itu, saudari Soh  harus membayar kos pentadbiran mahkamah sebanyak RM3000 dalam tempoh masa 30 hari. Atas perjuangan saudari Soh untuk menuntut hak dan kebebasan semua mahasiswa, maka kami akan mengadakan kempen seorang seringgit untuk  mengumpulkan RM3000 sebagai pembayaran ke atas kos pentadbiran mahkamah dan sokongan terhadap perjuangan beliau.

Latar Belakang:

Pada bulan Disember 2004, pihak Universiti Sains Malaysia (USM)  telah mendakwa saudari Soh Sook Hwa daripada Pusat Pengajian Komunikasi bahawa saudari Soh telah melanggar Seksyen 15 AUKU berdasarkan sekeping gambar yang menunjukkan dia memakai baju kemeja -T yang memaparkan logo parti pembangkang yang dipaparkan dalam sebuah akhbar tempatan. (selanjutnya…)

Advertisements

PRO MAHASISWA USM merasakan masih belum terlambat untuk kita warga Universiti Sains Malaysia dan rakyat Malaysia amnya menyoroti intipati Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) untuk sama-sama kita lebih cakna dan sentiasa prihatin tentang perkembangan negara berkenaan pembentangan RMK10 ini. Besar sekali harapan kami di pihak mahasiswa agar segala rancangan ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin demi memacu kecemerlangan Malaysia dalam tempoh empat tahun akan datang. Antara intisari semasa pembentangan yang berlangsung pada hari 11 Jun 2010 (Khamis) ini seperti berikut:

RMK9 (2006-2010)

*Perkembangan ekonomi negara 4.2% setahun; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6% tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3% tahun 2010 berbanding 7% kepada KDNK 2009.

* Kadar kemiskinan turun kepada 3.8% tahun 2009 berbanding 5.7% tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2% kepada 0.7%.

* Anggaran pertumbuhan ekonomi 6% tahun 2010.

* RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.

(selanjutnya…)

Bersempena Hari Hak Asasi Mahasiswa yang berlangsung pada 8 Jun yang lalu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) semalam (9 Jun) telah menghantar Deklarasi Belia dan Mahasiswa 2010 kepada ahli parlimen baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang untuk mempertahankan hak mahasiswa di Malaysia.

Antara empat teras penting yang terangkum dalam deklarasi tersebut adalah sistem pendidikan, hak untuk berpolitik, kemasyarakatan dan juga satu elemen khas berkenaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Kerelevanan implementasi AUKU pada masa ini dipersoal memandangkan kes empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang dituduh dibawah akta tersebut baru-baru ini dan juga kes tahun lalu yang melibatkan sembilan mahasiswa Universiti Malaya yang dikenakan tindakan kerana memanggil ahli politik.

Selain itu, kes seorang mahasiswa Universiti Utara Malaysia yang dikenakan tindakan kerana menanyakan soalan yang dikategorikan oleh pihak universiti sebagai mengaibkan dan menjatuhkan nama universiti serta kes Soh Sook Hwa yang didakwa dan dituduh pihak Universiti Sains Malaysia kerana melibatkan diri dalam kempen politik (selanjutnya…)