PERANAN MAHASISWA ERA KEGEMILANGAN UNIVERSITI TRADISI PERLU DIKEKALKAN

Posted: Julai 9, 2010 in Petikan Akhbar, Suara Mahasiswa

oleh: Muhammad Hazimin Harun*

Suasana keilmuan dan akademik yang melingkungi kehidupan mahasiswa universiti menjadikan mereka golongan intelektual muda yang mampu disandarkan harapan. Namun mahasiswa hari ini dilihat semakin lesu dan hilang taringnya kerana kegagalan sebahagian mereka menghayati dan menjiwai peranan mahasiswa yang sebenar.

Masih ada mahasiswa hari ini selesa dengan peranan mereka sekadar belajar di bilik kuliah dan mengejar sekeping kertas ijazah dengan gred tertentu. Pada mereka, nilai kemahasiswaan keseluruhannya hanya terletak pada apa yang tercatat pada segulung ijazah. Berbekalkan ijazah, mudah bagi mereka membawanya ke sana ke mari untuk meminta belas simpati berupa habuan dan ganjaran bagi menyambung kehidupan.

Terlalu dangkal dan sempit matlamat ini untuk memberi nilai kepada makna mahasiswa. Matlamat ini hanya sebahagian kecil daripada peranan mahasiswa yang perlu difahami dan dijiwai.

Tidak sepatutnya matlamat ini menenggelamkan peranan dan fungsi lain yang utama. Kesungguhan mengejar cita-cita tidak sampai menjadikan kita sanggup membutakan penglihatan dan memekakkan pendengaran terhadap fenomena di sekeliling kita.

Mahasiswa tidak seharusnya selesa dalam kepompong dan dunianya sendiri. Mahasiswa seharusnya membabitkan secara aktif dalam isu nasional dan antarabangsa dengan mengemukakan idea dan pandangan.
Persoalan penting atau tidak pembabitan mahasiswa dalam aktiviti kelab dan persatuan pelajar yang berdaftar tidak wajar timbul lagi. Malah, mahasiswa sebaiknya merebut peluang bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai `penghubung dan penyalur’ sumber dalam masyarakat.

Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) contohnya adalah platform terbaik yang menyalurkan nilai tambah pengetahuan dan maklumat berteraskan Islam sekali gus membina kematangan tindakan melalui pembinaan kemahiran dan pembentukan daya fikir.

Apatah lagi senario hari ini menyaksikan pelbagai kontroversi mahupun isu berkaitan mahasiswa yang jelas menonjolkan kepincangan pemikiran dan akhlak mahasiswa.

Kita tidak mahu imej mahasiswa terus tercalit, imej baik yang dibawa universiti tercalar malah graduan dan mahasiswa dipandang serong segelintir masyarakat.

Program seperti diskusi ilmiah, motivasi agama, forum akademik wajar diperbanyakkan selain fungsi persatuan berunsurkan Islam diaktifkan sebaik mungkin.

Jangka masa bergelar mahasiswa wajar dimanfaatkan sebaiknya untuk memberi faedah yang optimum kepada masyarakat. Malah, era kegemilangan universiti adalah tradisi yang mesti dipertahankan dan dipastikan terus berkesinambungan.

Warisan kecemerlangan akan sentiasa abadi menjadi milik kita andai cabaran yang dipikul mahasiswa mampu dihadapi dan menjadi agenda bertindak kita secara bersama.

*penulis adalah Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar USIM

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s