Arkib untuk Februari, 2012

SELAMAT KEMBALI KE USM

Posted: Februari 19, 2012 in Uncategorized

Pro Mahasiswa USM mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan mahasiswa yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir semester 1, sesi 2011-2012 baru-baru ini.

Walau sebaik dan seburuk manapun keputusan tersebut, itulah keputusan yang anda telah usahakan selama semester 1 yang lepas. Kepada yang kurang berjaya, semester 2 ini masih ada ruang dan peluang yang terbuka luas untuk anda memperbaiki keputusan ini. Teruskan usaha yang gigih demi mencapai kecemerlangan.

Selamat Kembali Meneruskan Perjuangan Sebagai Seorang Mahasiswa Di Bumi Minden.

 

Pensyarah Politik dan Pentadbiran Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, kira-kira 60 peratus daripada 3.7 juta rakyat Malaysia yang masih tidak mendaftar merupakan golongan muda yang berusia 21 hingga 30 tahun.

Faktor utama kegagalan 3.7 juta rakyat mendaftar sebagai pengundi dipengaruhi oleh usia mereka yang masih muda dan kebanyakan mereka masih sibuk belajar dan mencari pekerjaan. Anak pasca-kemerdekaan tidak nampak perjuangan politik dalam negara dan ada sesetengah daripada mereka menganggap politik itu hanya merupakan hal ibu bapa.

Menurut Prof Dr. Ahmad Atory, mereka yang membesar pada zaman perjuangan kemerdekaan berlumba-lumba mengundi untuk memilih parti terbaik bagi memerdekakan negara, tidak seperti sikap negatif generasi sekarang. (selanjutnya…)

Pada 24 November 2011 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia telah membuat satu pengumuman untuk meminda Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan mahasiswa berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik di luar kampus.

Hampir 4 bulan berlau, kini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah memberitahu bahawa proses pindaan AUKU 1974 hampir selesai dan rang undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen Mac ini. (selanjutnya…)