Archive for the ‘Suara Mahasiswa’ Category

Pada 24 November 2011 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia telah membuat satu pengumuman untuk meminda Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan mahasiswa berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik di luar kampus.

Hampir 4 bulan berlau, kini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah memberitahu bahawa proses pindaan AUKU 1974 hampir selesai dan rang undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen Mac ini. (selanjutnya…)

SUARA INGINKAN PERUBAHAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA TERUS BERGEMA

Terbaru, hasil dari konvensyen yang diadakan di UKM beberapa bulan lalu, satu gabungan mahasiswa yang diberi nama Gabungan Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan yang bertujuan untuk menjadi suara rasmi mahasiswa pendidikan seluruh Malaysia dalam memperjuang isu-isu dasar pendidikan, sumber tenaga pendidikan, mendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kebajikan mahasiswa pendidikan di Malaysia.

Menurut Ahmad Muslihin Bin Ahmad yang merupakan gabenor peringkat IPT mewakili Universiti Sains Malaysia menyatakan visi dan misi gabungan akan menjadi nadi utama bagi mahasiswa pendidik di seluruh IPT di Malaysia.

Idea penubuhan Gabungan Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan (GMPK) telah dicetuskan hasil perbincangan Mesyuarat Pra-Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan pada 29 Oktober 2011 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia. (selanjutnya…)