1 SISWA 1 MALAYSIA: KEMAMPUAN MAHASISWA USM DIPERSOAL

Posted: September 10, 2009 in Berita Kampus
Tag:, , , , , ,

Oleh: Sumayyah Suhaimi

MINDENHEIGHT, 11 Sept. | Exco Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) Siti Hajjar Hassan mempersoal kemampuan mahasiswa untuk menjayakan gagasan 1Malaysia, ekoran mereka sendiri dikatakan tidak jelas tentang gagasan itu.

“Kebanyakan mahasiswa sekarang tak jelas gagasan 1Malaysia yang diperkenal Perdana Menteri Malaysia (Dato’ Seri Najib Tun Razak). Jadi, bagaimana mereka boleh realisasikan gagasan ‘1siswa, 1Malaysia’?”

Jelasnya lagi, sikap terus menerima apa jua dasar kerajaan tanpa terlebih dahulu menilai dasar-dasar tersebut disebabkan mahasiswa tidak tahu peranan masing-masing.

“Mahasiswa merupakan agen ‘check and balance’ kepada pemimpin negara. Jadi, kita perlu kritik idea-idea mereka, bukan terus terima bulat-bulat gagasan 1Malasyia.”.

Beliau yang bertanggungjawab mendraf gagasan ‘1Siswa, 1Malaysia’ mengajak seluruh mahasiswa berani mengkritik sebarang gagasan (termasuk 1Malaysia), tanpa mengira ianya datang dari jalur pemerintah atau oposisi.

Bercakap pada sidang media diPusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, di sini, beliau mendakwa sokongan membuta-tulis mahasiswa terhadap gagasan itu sebagai kosmetik dan retorik.

“Bagi saya, resolusi yang dicapai, (dan) dihantar kepada Kementerian (Pengajian Tinggi) hanyalah sekadar satu retorik.”

“Ia suatu kosmetik agar Najib melihat ia (resolusi MPPUSM) suatu sokongan kepadanya.”

Gagasan 1Malaysia mula diperkenalkan kerajaan Malaysia selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak dimahsyurkan sebagai Perdana Menteri ke-6 Malaysia.

Pengenalan gagasan itu, sekaligus menenggelamkan beberapa gagasan Perdana Menteri sebelumnya seperti Islam Hadhari oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi; dan Wawasan 2020 oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Advertisements
Komen-komen
  1. Peipanlization berkata:

    Mahasiswa yang buta sahaja yang nampak gagasan 1 Malaysia penuh ‘keharmonian’. Mana datang 1 Malaysia? Kita masih ada sistem pendidikan yang berlainan berorientasikan sistem vernakular, akhbar yang berlainan mengikut kaum dan yang penting parti politik juga berasaskan kaum. Jika mahu 1 Malaysia, batalkan semua perkauman barulah wujud satu negara bangsa iaitu Malaysia.DS Najib masih bermimpi di siang hari.

    Mahasiswa diharap untuk mengkritik? Mengambil tahu isu luar dan dalam negara pun tidak. Hal dalam luar kain artis, adalah.

  2. carlito berkata:

    every PM want to impress propaganda to us…i think it is clique plan to gain more money…finally most of these project were fail…eg multimedia supercorridor

  3. mahasiswa berfikir berkata:

    mahsiswa x faham ke atau Exco Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) Siti Hajjar Hassan ini yg tidak faham atau buat2 tidak faham….tidak baca paper atau internet kt blog 1Malysia ker…tu la asyik buka dan bca bolg yg asyik fitnah dan sebar provokasi jer seperti harakah,paper pembangkan dan bolg pembangkang jer….cuba open skit baca semue benda…

  4. robert tan berkata:

    hi..saya pelajar dari usm kampus kejuruteraan ingin menanya kepada pihak pro-mahasiswa usm yang sentiasa menjaga kebajikan mahasiswa-mahasiswi.

    Di kampus kejuruteraan , ramai pelajar tidak berpuas hati terhadap kepimpinan mpp pro-universiti ke atas sikap yang tidak bertanggungjawab dan tidak menjaga kebajikan kita selama beberapa semester yang lepas..Ramai pelajar dekat sini amat kecewa dengan mereka dan ingin menyertai pihak pro-mahasiswa..tetapi, pihak pro-m di sini seolah-olah macam tidak wujubnya! apakah masalahnya?

    kampus kita telah lama dipimpin oleh pihak pro-u, kerana pihak pro-m yang tidak mempunyai calon bertanding dalam pilihanraya kampus beberapa kali yang lepas menjadikan mereka menang tanpa bertanding!
    kalau kita di sini ingin menyertai pihak pro-mahasiswa, apakah yang perlu kita buat?

    harap dapat balas saya dengan secepat mungkin!

    hidup pro-mahasiswa!!

  5. marsitah berkata:

    salam ziarah dan salam perjuangan…

    pada pendapat saya parti politik dari luar seperti umno cuba hendak memasuki kampus apabila kita melancarkan satu siswa satu malaysia….

  6. Din berkata:

    selama ni mmg kita dah lama hidup dalam suasana 1Malaysia.apa yg PM buat adalah utk mengukuhkan semula perpaduan di kalangan ralyat negara ini yang semakin berpecah belah akibat mengikut rentak yang dipalu oleh pak angkat PRO-M iaitu Pakatan Rakyat. Gagasan yang ditekan oleh PM ni nak kan setiap rakyat Malaysia saling menghormati hak kaum masing-masing di negara ini. Mana ada negara di dunia ini selain Malaysia yang ada cuti umum utk semua kaum???itu baru satu cth.byk lagi yg telah kita laksana 1Malaysia ni sebenarnya.tiada penindasan.

    kpd robert tan..mmg lumrah manusia tak penah nak cukup utk disuap dgn kemewahan.MPP pro-M yg menang pun bukan buat apa.cuba tanya pengerusi pro-m bape kali dia dtg meting mpp??jgn tnya bape kali dia tak dtg sbb mesti dia tak ingt sbb dah byk kali dia tak dtg meting mpp.saudari hajar je yg nmpak rajin skit wlopun ada la gak absent.sdri hajar pun sy tgk ckup bersemangat waktu membincangkan isu 1malaysia masa persidangan meja bulat 1s1m.

    kpd marsitah..takde sorang pun pemimpin umno yg masuk membantu prgrm 1siswa 1malaysia yang dibuat waktu tu..semua hasil idea prof omar yg mahu usm kehadapan mendahului org lain sesuai dgn slogan WE LEAD…

  7. budak kejut berkata:

    salam..

    nak tergelak sebentar membaca komen marsitah.. umno cuba masuk kampus dgn 1siswa 1malaysia??

    macam mana tu?

    maknanya bila kita sokong 1siswa 1malaysia, kita sokong umno kah? hahahahaha~~

    kalau cakap pasal parti politik masuk kampus, cuba tanya proA mahupun proM, yang mana satu langsung tak gunakan platform parti politik???

    suka untuk saya mendengar penafian dari mana-mana pihak pun..

    robert tan: MPP kejut tak bertanggungjawab dan tak menjaga kebajikan pelajar? even mulut sesetengah pemimpin pelajar yang sebelum ni asyik mengutuk MPP pun terdiam dengan kepimpinan kali ni..

    hairan juga, apa lagi yg tak cukup?

    apa kata tahun depan, anda sendiri yang calonkan diri anda, kita buat pilihanraya sekali lagi. bila dah menang, boleh lah anda bertanggungjawab dan jaga kebajikan kami.

    kenapa nak tunggu orang lain juga yang belum tentu prihatin seperti anda?

    jelas ramai budak kejut tak paham dengan situasi politik dalam kampus dan sewenang-wenang menuding jari ke arah pihak tertentu.

    saya cabar anda selidik dulu politik kampus kita, baru buat tuduhan.

    bosan dengan pilihanraya kampus. rasa takut bila tiba-tiba ada dua aliran dan semua pihak membidas satu sama lain. jika ia berterusan secara harmoni, tak apalah. tapi hanya berlaku semasa pilihanraya. nampak hipokrit sangat. atau.. siswa kejuruteraan memang tak pandai berpolitik?

    hahahahahha…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s