Archive for the ‘Nasional’ Category

Pilihan raya kampus (PRK) bagi 20 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk sesi ini telah selesai dijalankan pada 2 Oktober lalu. Kecuali masalah teknikal yang menyebabkan PRK Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terpaksa diadakan semula, umumnya PRK kali ini berjalan tanpa masalah besar.

Kepada semua Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang telah dipilih, saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan doakan dapat memikul amanah ini dengan cemerlang.

PRK kali ini menarik minat ramai secara luar biasa. Ini berlaku kerana dua sebab. Pertama, kerana ia PRK yang pertama sejak pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik. Kedua, kerana ia PRK terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Oleh itu, pertandingan antara calon daripada kumpulan Pro-Aspirasi (yang dikatakan pro-BN) dan kumpulan Pro-Mahasiswa (yang dikatakan pro-PR) dianggap lebih sengit daripada biasa. Keputusannya jelas memihak kepada Pro-Aspirasi.

Kesengitan pertandingan ini menyebabkan kalau sebelum ini, penggolongan calon-calon kepada kedua-dua kumpulan itu, walaupun wujud, namun ia tidak begitu terbuka, tetapi kali ini, ia lebih terbuka.

Dari satu segi, ia boleh ditafsirkan bahawa kewujudan kumpulan-kumpulan tersebut kini semacam diiktiraf. Dari segi yang lain, ia boleh ditafsirkan bahawa posisi Auku yang tidak mengizinkan aktiviti parti politik di dalam kampus semacam diketepikan, justeru boleh memberi laluan bagi cadangan Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin untuk menubuhkan Kelab Penyokong BN di kampus diluluskan. (selanjutnya…)

Advertisements

Universiti Sains Malaysia (USM) telah dianugerahkan Sijil Autonomi bersama-sama empat Universiti Penyelidikan (RU) lain iaitu UM, UKM, UPM dan UTM sempena Majlis Amanat Tahun 2012 Dato’ Seri Mohamed Khaled Noordin, Menteri Pengajian Tinggi yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

USM juga turut menggondol tempat kedua Webometrics Ranking of World Universities Julai 2011, Penarafan 5 Bintang Penilaian Portal/Laman Web Sektor Awam 2011 dan tempat kedua Penialaian Portal/Laman Web Sektor Awam 2011 bagi Kategori Institusi Pengajan Tinggi Awam. (selanjutnya…)

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik yang dikenali sebagai BEBAS telah dilancarkan pada 22 November 2011 yang terdiri daripada gerakan mahasiswa dalam usaha memperjuangkan hak dan kebebasan mahasiswa serta ahli akademik. Jawatankuasa Gerakan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) bersetuju untuk meletakkan dua prinsip utama yang menjadi asas kepada gerakan kebebasan akademik, iaitu :

  1. Bahawa ahli akademik, sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah, memiliki kuasa yang tidak terbatas untuk mempersoal, menguji idea dan mengeluarkan kenyataan kontroversi dan tidak popular tanpa mengira sama ada pendapat tersebut bercanggah atau tidak dengan pendapat umum.
  2. Institusi akademik tidak berhak untuk mengekang kebebasan akademik dalam kalangan kakitangan universiti atau menggunakan praktis kebebasan akademik sebagai sebab untuk mengenakan tindakan tatatertib.

Jawatankuasa BEBAS juga menyenaraikan 6 tuntutan utama gerakan, iaitu : (selanjutnya…)