Archive for the ‘Berita Kampus’ Category

Image

Pro-Mahasiswa USM mengucapkan tahniah kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar USM sidang 2012/2013.

Peratusan mahasiswa sepenuh masa yang turun mengundi ialah 47.12% merangkap 7,504 orang dari keseluruhan 15,925 orang mahasiswa berdaftar.

Selamat Menjalankan Tugas dan Amanah.

Pertandingan Debat DiRaja adalah merupakan pertandingan debat antara IPT Malaysia yang bermula sejak tahun 1995 dan dikawalselia oleh Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM). Antara objektif yang ingin dicapai dari pertandingan debat ialah:

  • Menjadikan Pertandingan Debat DiRaja antara Universiti-Universiti Awam Malaysia sebagai pertandingan perdebatan yang terunggul di Malaysia.
  • Memperkenalkan dan menerapkan budaya perdebatan dan pengucapan awam yang sihat di kalangan para mahasiswa IPTA.
  • Menerapkan nilai dan sikap positif dari segi intelek, akademik dan perdebatan di kalangan mahasiswa IPTA.
  • Merapatkan ikatan kerjasama di kalangan pendebat di Universiti-Universiti tempatan.
  • Menyemai semangat dan budaya membaca aras tinggi di kalangan pelajar agar lebih berpengetahuan tentang perkembangan semasa di Malaysia dan antarabangsa.
  • Meningkatkan keupayaan berfikir secara kritis dan analitikal dalam kalangan mahasiswa tentang isu-isu semasa berasaskan tradisi argumentasi, perbincangan perbahasaan, kajian dan penganalisaan fakta boleh dipertanggungjawabkan.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG

Pro Mahasiswa USM mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan debat yang telah berjaya mengondol kejuaraan dalam pertandingan debat diraja 2012 dalam tiga katogeri iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. (more…)

Pulau Pinang, 9 Feb : Seramai 500 pendebat daripada 24 institusi pengajian tinggi akan berkampung selama enam hari di Universiti Sains Malaysia (USM) sempena pertandingan Debat Diraja Malaysia kali ke-16 bermula Sabtu ini.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Omar Osman berkata, sebanyak 84 pasukan akan mewakili universiti masing-masing dalam tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu (Utama dan Muda), Bahasa Inggeris (Utama dan Muda) dan Bahasa Arab.

Beliau berkata, ini merupakan kali kedua USM menjadi tuan rumah bagi pertandingan itu yang mana kali pertama pada tahun 1999 dan tahun ini merupakan kali pertama USM menghantar pasukan untuk kategori Bahasa Arab. (more…)