Archive for the ‘Isu Semasa’ Category

Usul Ditolak Oleh Ahli DPPUSM
Usul ini ditolak oleh majoriti ahli DPPUSM dengan menyatakan bahawa mahasiswa perlu menyuarakan bantahan semasa fasa pilihan raya kampus berlangsung dan pembahas hairan mengapa usul ini dibahaskan dalam DPPUSM setelah pemilihan MPPUSM dilakukan sudah lama. Namun begitu, seorang daripada ahli dewan Kampus Kesihatan menyatakan bahawa pihak pentadbiran akan melakukan proses pilihan raya kampus seperti biasa pada masa akan datang kerana pada sesi pilihan raya kampus kali ini tidak dilaksanakan atas sebab-sebab yang tertentu.

Suara Mahasiswa Diiktiraf Melalui DPP
Usul ini tidak perlu dipersoalkan mengapa ia dibincangkan dalam DPPUSM kerana dewan ini menyediakan platform yang menggabungkan suara mahasiswa di semua peringkat kepimpinan mahasiswa untuk menyuarakan suara mereka kepada pihak pentadbiran samada berkaitan dengan isu kebajikan, isu semasa, dan sebagainya seperti yang termaktub dalam perlembagaan USM, Seksyen 64(3). Oleh itu, pada hemat saya, usul ini sepatutnya diterima oleh ahli dewan untuk menguatkan lagi jaminan yang dikatakan oleh seorang ahli dewan bahawa pihak pentadbiran akan melakukan proses pilihan raya kampus seperti biasa pada masa akan datang. Namun demikian, penolakan usul ini menggambarkan bahawa ahli dewan seolah-olah tidak kisah samada pemilihan MPP dibuat secara pemilihan oleh Dekan atau pembuangan undi oleh mahasiswa. (selanjutnya…)

Advertisements

Pilihan raya kampus (PRK) bagi 20 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk sesi ini telah selesai dijalankan pada 2 Oktober lalu. Kecuali masalah teknikal yang menyebabkan PRK Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terpaksa diadakan semula, umumnya PRK kali ini berjalan tanpa masalah besar.

Kepada semua Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang telah dipilih, saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan doakan dapat memikul amanah ini dengan cemerlang.

PRK kali ini menarik minat ramai secara luar biasa. Ini berlaku kerana dua sebab. Pertama, kerana ia PRK yang pertama sejak pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik. Kedua, kerana ia PRK terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Oleh itu, pertandingan antara calon daripada kumpulan Pro-Aspirasi (yang dikatakan pro-BN) dan kumpulan Pro-Mahasiswa (yang dikatakan pro-PR) dianggap lebih sengit daripada biasa. Keputusannya jelas memihak kepada Pro-Aspirasi.

Kesengitan pertandingan ini menyebabkan kalau sebelum ini, penggolongan calon-calon kepada kedua-dua kumpulan itu, walaupun wujud, namun ia tidak begitu terbuka, tetapi kali ini, ia lebih terbuka.

Dari satu segi, ia boleh ditafsirkan bahawa kewujudan kumpulan-kumpulan tersebut kini semacam diiktiraf. Dari segi yang lain, ia boleh ditafsirkan bahawa posisi Auku yang tidak mengizinkan aktiviti parti politik di dalam kampus semacam diketepikan, justeru boleh memberi laluan bagi cadangan Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin untuk menubuhkan Kelab Penyokong BN di kampus diluluskan. (selanjutnya…)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 20 peratus kepada peminjam dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melangsaikan pinjaman mereka sekali gus. Selain itu, kerajaan juga menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus kepada peminjam yang membuat bayaran secara konsisten.

Dalam ucapannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata diskaun berkenaan sah untuk tempoh bermula 1 Oktober 2012 sehingga 30 September 2013.

“Kita tahu Tuan Yang DiPertua, ada pihak mencadangkan supaya hutang keseluruhan hutang PTPTN dimansuh.

“Ini adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab kerana jika dimansuhkan, siapa yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN?

“Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia?” katanya lagi.

Dalam ucapannya itu, Najib turut mencadangkan supaya pelepasan cukai untuk ibu bapa kepada siswa universiti dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 mulai tahun taksiran 2013.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu mencadangkan untuk melepaskan pinjaman PTPTN bernilai RM43.6 bilion dalam masa tiga tahun.

Katanya, negara mampu berbuat demikian melalui peruntukan beberapa bilion daripada RM150 bilion pendapatan negara setiap tahun.

Dana itu, katanya, akan diperoleh daripada pemotongan perbelanjaan yang membazir seperti pembayaran untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/210221