IJAZAH USM DILENGKAPI CIRI KESELAMATAN YANG KETAT

Posted: Julai 12, 2012 in Isu Semasa, Mainpost

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato ‘Omar Osman menyatakan bahawa ijazah yang dikeluarkan oleh USM selama ini mempunyai ciri-ciri keselamatan tersendiri.

Antara ciri-ciri keselamatan yang dijumpai dalam skrol ijazah USM ialah lakaran standard yang tinggi di seluruh kertas, tera air digital, logo USM yang baru, data yang tersembunyi kata-kata USM dalam tera air digital , lilin meterai, tandatangan Naib Canselor dan Pendaftar tanpa nama yang boleh diperiksa oleh USM dan beberapa ciri-ciri lain yang terdapat di belakang skrol ijazah. Setiap skrol ijazah juga mempunyai nombor siri, dimana kesahihan boleh disahkan oleh USM.

Disamping itu, semua skrol ijazah USM mempunyai satu salinan dalam Bahasa Inggeris serta transkrip yang mengandungi maklumat terperinci pencapaian akademik graduan. Nama setiap graduan juga disimpan sebagai data manual dalam Buku Graduan Warta Konvokesyen yang hanya boleh diakses oleh pegawai-pegawai tertentu USM.

Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan bahawa kementerian beliau akan mengkaji ciri-ciri keselamatan sijil ijazah yang dikeluarkan oleh universiti-universiti tempatan disambut baik oleh Naib Canselor USM. Hali ini adalah usaha yang baik untuk mengatasi masalah yang berlaku ini agar tidak bertambah serius kerana ia akan mencemarkan imej institusi pengajian tinggi.

Naib Canselor USM juga menyeru sesiapa sahaja yang mempunyai apa-apa keraguan pada ijazah yang dikeluarkan oleh USM untuk memeriksa dengan universiti atau membuat laporan polis jika mereka tahu apa-apa cubaan pemalsuan atau penipuan yang menggunakan nama USM oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Website Rasmi USM

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s