Posts Tagged ‘ProM’

LEMBAH PANTAI, 12 Okt. | Lapan pemimpin mahasiswa yang sepatutnya dibicarakan atas pelbagai pertuduhan 11 pagi tadi, tiba-tiba mendapat arahan penangguhan serta-merta dari Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA); di sini.

Salah seorang Orang Kena Tuduh (OKT) Muhammad Haafizuddin Abererah (24) tengahari tadi menyifatkan penangguhan tergesa-gesa itu, seperti mempermainkannya.

“Saya bukan datang dari Kerinchi. Saya datang dari Pulau Pinang, Rasa macam ditipu. HEP memang tidak profesional.”

“Setelah lebih setengah jam menunggu, baru Encik Ambhihabathy (pegawai) beritahu perbicaraan ditangguhkan.”

Muhammad Haafizuddin AbererahBeliau yang juga mantan Yang Dipertua PMiUM sesi lepas berkata, HEPA sepatutnya memaklumkan lebih awal menggunakan telefon atau sistem pesanan ringkas (SMS), bukannya memberitahu secara tergesa-gesa seperti hari ini.

Ditanya tentang sebab musabah pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya, beliau mendakwa HEPA cuba menguatkuasa undang-undang secara terpilih, sedangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang baru dipinda membenarkan ahli politik mengakses mahasiswa di Universiti secara intelektual. (selanjutnya…)

Ihsan: Unit Guaman ProM USM

WACANA | Setakat ini, beberapa kampus seperti UUM, UPSI, UNIMAS dan UTP telahpun berlangsung Pilihanraya Kampus (PRK) sebagaimana yang disebut dalam Perlembagaan Universiti dan AUKU sendiri.

…ahli-ahli MPP dan pemegang-pemegang jawatannya hendaklah dipilih untuk satu tahun” [Seksyen 52(4), Perlembagaan Universiti]

Pro Mahasiswa (ProM) di universiti-universiti lain seperti USM, UM, UKM, UPM, UiTM dan beberapa kampus lain masih menanti pembubaran MPP dan PRK dilangsungkan secara adil, bebas dan demokratik.

(selanjutnya…)

INFORMASI | Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA) bersama-sama AMNESTY International Malaysia menjemput seluruh aktivis mahasiswa Malaysia dan Pulau PInang sendiri untuk menyertai kem bermakna ini. Penyertaan adalah TERHAD!

Lokasi spesifik adalah di Bangunan Yayasan Aman, PULAU PINANG. Info lanjut, sila hubungi penama-penama dalam poster di atas!

(selanjutnya…)