Posts Tagged ‘proM USM’

MEJA EDITOR | Kami, keluarga kerja Suara Mahasiswa (SM) dan Sukarelawan Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) mengucapkan Happy Diwali kepada seluruh penganut agama Hindu dalam kalangan mahasiswa dan staff-staff Universiti.

Semoga cuti am sempena perayaan ini dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama mahasiswa dan rakyat.

Deepavali atau perayaan cahaya menjadi pengharapan, kemenangan  dan kebahagian menurut kepercayaan penganut Hindu.

Semoga perayaan Deepavali memberi makna yang mendalam kepada warga Universiti yang beragama Hindu untuk terus memperjuangkan demokrasi kampus, kebebasan dan PERUBAHAN bersama-sama ProM dalam Universiti kita.

“Bersama Universiti Menjunjung Perubahan”

.::MEJA EDITOR::.

MINDEN HEIGHT | ProM mencadangkan pihak pemerintah memperkenalkan cukai tertentu dan gaji minimum yang standard di Malaysia jika kerajaan benar-benar komited untuk mengurangkan guna tenaga asing 1.2 juta menjelang 2010 kelak.

Pemerintah diminta mempertimbang pengenalan gaji minima RM1200 sebagaimana¬† yang telah diperjuangkan oleh MTUC sebelum ini. Pemerintah juga diminta untuk mempertimbang pengenalan cukai-cukai tertentu seperti cukai pendapatan sebagaimana lazim dikenakan ke atas warganegara sendiri. Dengan cara ini sahaja, keperluan guna tenaga buruh asing boleh dikurangkan secara nature (semulajadi),” jelas Pengerusi ProM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali.

(selanjutnya…)

MINDEN HEIGHT | Dimaklumkan bahawa dua (2) aktivis Pro Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (Pro-M UPM) yang menerima Notis 24 Jam dan disingkir keluar dari Kolej Tun Perak telah dibenarkan semula menduduki kolej kediaman tersebut oleh Universiti di sana.

Makluman ini diterima dari Media Council di sana melalui faksimili ke Meja Editor pada pukul 4 petang tadi.

(selanjutnya…)