Archive for the ‘Kubang Kerian’ Category

Pulau Pinang, 9 Feb : Seramai 500 pendebat daripada 24 institusi pengajian tinggi akan berkampung selama enam hari di Universiti Sains Malaysia (USM) sempena pertandingan Debat Diraja Malaysia kali ke-16 bermula Sabtu ini.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Omar Osman berkata, sebanyak 84 pasukan akan mewakili universiti masing-masing dalam tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu (Utama dan Muda), Bahasa Inggeris (Utama dan Muda) dan Bahasa Arab.

Beliau berkata, ini merupakan kali kedua USM menjadi tuan rumah bagi pertandingan itu yang mana kali pertama pada tahun 1999 dan tahun ini merupakan kali pertama USM menghantar pasukan untuk kategori Bahasa Arab. (selanjutnya…)

Advertisements

Pada tahun ini, pemohon yang ingin menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) hendaklah membuat permohonan melalui pohon@usm dengan kaedah pembelian nombor PIN USM yang bernilai RM40. Hal ini telah menimbulkan banyak persepsi dan tanda tanya kepada mahasiswa dan bakal mahasiswa kerana sebelum ini, pemohon yang ingin menyambung pengajian di USM hanya perlu mengisi permohonan melalui pohon@usm sahaja tanpa perlu membeli PIN USM yang bernilai RM40.

Pelbagai tanda tanya dan persepsi yang dilontarkan terutamanya di Facebook berkaitan isu ini. Antranya ialah:

  • Mengapa USM mengambil tindakan sedemikian sedangkan USM adalah universiti berstatus APEX?
  • Hak pendidikan bukan hanya untuk golongan berada tetapi juga golongan bottom billion. (selanjutnya…)

KUBANG KERIAN | Rungutan pelajar setelah bergenerasi berkenaan kurangnya mesin basuh di desasiswa terutamanya DM putera kini didengari pihak MPDMN.

Sebuah mesin basuh telah disediakan di bilik pantri aras 1 DM 2 sebagai tempoh percubaan bermula 11 hingga 25 September 08 lepas.

Mesin basuh yang menyediakan perkhidmatan seperti mesin basuh yang sedia ada dengan bayaran hanya RM 2 dan penggunaan pelbagai syiling.

(selanjutnya…)