Archive for the ‘Isu Semasa’ Category

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato ‘Omar Osman menyatakan bahawa ijazah yang dikeluarkan oleh USM selama ini mempunyai ciri-ciri keselamatan tersendiri.

Antara ciri-ciri keselamatan yang dijumpai dalam skrol ijazah USM ialah lakaran standard yang tinggi di seluruh kertas, tera air digital, logo USM yang baru, data yang tersembunyi kata-kata USM dalam tera air digital , lilin meterai, tandatangan Naib Canselor dan Pendaftar tanpa nama yang boleh diperiksa oleh USM dan beberapa ciri-ciri lain yang terdapat di belakang skrol ijazah. Setiap skrol ijazah juga mempunyai nombor siri, dimana kesahihan boleh disahkan oleh USM.

Disamping itu, semua skrol ijazah USM mempunyai satu salinan dalam Bahasa Inggeris serta transkrip yang mengandungi maklumat terperinci pencapaian akademik graduan. Nama setiap graduan juga disimpan sebagai data manual dalam Buku Graduan Warta Konvokesyen yang hanya boleh diakses oleh pegawai-pegawai tertentu USM.

(selanjutnya…)

Advertisements

Saya cukup tertarik dengan beberapa pendapat mahasiswa yang mengatakan mahasiswa tidak perlu berpolitik, politik hanyalah untuk orang dewasa dan kita masih lagi terlalu muda untuk melibatkan diri dalam bidang tersebut. Tidak salah saya mengatakan pendapat ini ada betulnya bahkan Tun Dr. Mahathir sendiri pun melibatkan politik selepas beliau bekerja dan mempunyai duit dan kewangan yang kukuh. Namun perlu diingat, zaman telah berubah dan teknologi semakin maju. Tidak wajar sekiranya kita menyekat sepenuhnya mahasiswa dari berpolitik.

ASET YANG BERNILAI: Mahasiswa merupakan aset pelaburan jangka pajang yang cukup bernilai bagi sesebuah negara. Merekalah golongan berpendidikan yang akan menyumbang banyak kepada pembangunan negara. Bagaimana golongan yang dikatakan berpendidikan ini mampu memberikan hasil yang terbaik kepada negara sedangkan isu-isu semasa dan pengetahuan am berkaitan politik ini disorokkan dari mereka? Adakah wajar kita membiarkan mereka mengadap buku 24 jam semata mata tanpa mengetahui apa pun yang berlaku di sekeliling mereka?

MASA LAPANG: Mustahil kalau kita ingin mengatakan semua mahasiswa yang tidak ambil tahu berkenaan politik menghadap buku 24 jam. Habis, ke mana masa mereka disalurkan? ada yang bergiat dalam aktiviti mahasiswa, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya, namun perlu diingat, berapa ramai yang menghabiskan masa mereka dengan bermain game, tengok bola, gossip pasal artis, ber ‘facebook’ dan ‘chat’ sehingga pukul 3 pagi, saya tidak mengatakan itu perkara yang salah dan tidak salah kalau sekadar ingin melepaskan tension. Namun seandainya mereka mempunyai masa lapang untuk dihabiskan kedalam aktiviti tersebut, salahkah ada yang meluangkan masa untuk mengikuti perkembangan politik diluar? (selanjutnya…)

 

Pensyarah Politik dan Pentadbiran Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, kira-kira 60 peratus daripada 3.7 juta rakyat Malaysia yang masih tidak mendaftar merupakan golongan muda yang berusia 21 hingga 30 tahun.

Faktor utama kegagalan 3.7 juta rakyat mendaftar sebagai pengundi dipengaruhi oleh usia mereka yang masih muda dan kebanyakan mereka masih sibuk belajar dan mencari pekerjaan. Anak pasca-kemerdekaan tidak nampak perjuangan politik dalam negara dan ada sesetengah daripada mereka menganggap politik itu hanya merupakan hal ibu bapa.

Menurut Prof Dr. Ahmad Atory, mereka yang membesar pada zaman perjuangan kemerdekaan berlumba-lumba mengundi untuk memilih parti terbaik bagi memerdekakan negara, tidak seperti sikap negatif generasi sekarang. (selanjutnya…)