Archive for the ‘Berita Kampus’ Category

SUARA INGINKAN PERUBAHAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA TERUS BERGEMA

Terbaru, hasil dari konvensyen yang diadakan di UKM beberapa bulan lalu, satu gabungan mahasiswa yang diberi nama Gabungan Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan yang bertujuan untuk menjadi suara rasmi mahasiswa pendidikan seluruh Malaysia dalam memperjuang isu-isu dasar pendidikan, sumber tenaga pendidikan, mendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kebajikan mahasiswa pendidikan di Malaysia.

Menurut Ahmad Muslihin Bin Ahmad yang merupakan gabenor peringkat IPT mewakili Universiti Sains Malaysia menyatakan visi dan misi gabungan akan menjadi nadi utama bagi mahasiswa pendidik di seluruh IPT di Malaysia.

Idea penubuhan Gabungan Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan (GMPK) telah dicetuskan hasil perbincangan Mesyuarat Pra-Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan pada 29 Oktober 2011 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia. (selanjutnya…)

Advertisements

Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lalu di Parlimen telah membentangkan serta memberitahu bahawa Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta akan diberikan kepada 1.3 juta mahasiswa dalam bentuk pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun begitu, selepas penyerahan Baucar Buku 1Malaysia yang bernilai RM200 kepada mahasiswa IPT dan pelajar Tingkatan 6 dilaksanakan, kita diberitakan dengan tindakan segelintir mahasiswa yang melelong baucar-baucar yang diterima pada harga lebih rendah di Internet. Sepatutnya, baucar-baucar tersebut seharusnya ditebus dengan membeli buku-buku yang diperlukan sebagai material kuliah untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan bukannya sebagai jalan untuk mengaut untung segera yang bersifat sementara. (selanjutnya…)

Pada tahun ini, pemohon yang ingin menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) hendaklah membuat permohonan melalui pohon@usm dengan kaedah pembelian nombor PIN USM yang bernilai RM40. Hal ini telah menimbulkan banyak persepsi dan tanda tanya kepada mahasiswa dan bakal mahasiswa kerana sebelum ini, pemohon yang ingin menyambung pengajian di USM hanya perlu mengisi permohonan melalui pohon@usm sahaja tanpa perlu membeli PIN USM yang bernilai RM40.

Pelbagai tanda tanya dan persepsi yang dilontarkan terutamanya di Facebook berkaitan isu ini. Antranya ialah:

  • Mengapa USM mengambil tindakan sedemikian sedangkan USM adalah universiti berstatus APEX?
  • Hak pendidikan bukan hanya untuk golongan berada tetapi juga golongan bottom billion. (selanjutnya…)