Penempatan Guru ISMP Hanya 30% daripada Graduan Terbaik

Posted: September 10, 2013 in Uncategorized

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bukan anti terhadap pembaharuan dan perkembangan pendidikan negara. Sememangnya tidak dinafikan terdapat beberapa elemen yang baik dan membina dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Antaranya Syarat ambilan guru diperketatkan dan dikuatkuasakan di semua IPG and IPTA. Perkara ini secara tidak langsung dapat mengenalpasti calon-calon yang benar-benar berkualiti untuk mengalas tanggungjawab sebagai pendidik satu masa nanti. Namun, melalui pelan ini diberitakan pengambilan guru hanya sebanyak 30% sahaja daripada kalangan graduan yg terbaik. Hal ini amat menggusarkan para mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Perkara ini merupakan isu nasional yang sudah hangat semenjak tiga tahun kebelakangan ini. Hal ini sepatutnya dibangkitkan kepada Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan (GMPK) yang sekarang ini diam membisu seribu bahasa.
Persatuan Ilmu Pendidikan USM (PIP) sendiri sebelum ini telah menghantar memorandum berkaitan isu ini kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yasin. PIP juga menerusi wakilnya sangat lantang bersuara berkaitan isu penempatan guru atau posting dan isu biasiswa mahasiswa/i ISMP semasa Pra-Konvesyen Pendidik Kebangsaan di UKM. Namun apakah kesudahannya? Tiada sebarang tindakan daripada kementerian, bahkan pelajar ISMP smakin dianaktirikan dan terus terpinggir. 

Kepada sahabat-sahabat sekalian, bersabarlah. Banyak lagi peluang untuk pelajar-pelajar ISMP berkerjaya. Saya yakin kerana kerajaan sekarang adalah kerajaan yang berpegang teguh kepada prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, pastinya kerajaan tidak meminggirkan graduan ISMP yang begitu bersemangat dengan slogan “1 Malaysia” khususnya di USM ini.

Teruskan pengajian seperti biasa, kerana rezeki itu milik Allah S.W.T. Bak kata dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), banyak lagi kerjaya lain yang kita boleh masuk, tidak semestinya jadi cikgu. 
Utk mkluman semua mahasiswa/I PPIP, isu posting ini akan terus diperjuangkan walaupun kita sedar bahawa perjuangan menuntut posting itu ibarat anjing menyalak bukit 

“Daripada Mahasiswa Kepada Mahasiswa”

Muhammad Asra Bin Rosnan
MPP PP Ilmu Pendidikan 12/13

 

Image

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s