Mesin ATM dalam USM kena kopak

Posted: Julai 17, 2013 in Uncategorized

Mesin ATM dalam USM kena kopak

Dua Remaja Pecah Mesin ATM USM Diberkas

GEORGE TOWN, 16 Julai (Bernama) — Polis Selasa menahan dua remaja lelaki berusia 14 dan 19 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes cuba memecah mesin teller automatik (ATM) dan mesin vendor minuman di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kedua-dua remaja terbabit ditahan oleh pengawal keselamatan USM selepas mereka didapati sekali lagi cuba memecah mesin ATM di kampus itu pada pukul 4.55 pagi tadi.

“Polis percaya kejadian ini dilakukan oleh sekumpulan lelaki dan kita sedang memburu tiga lagi suspek. Kedua-dua suspek ini adalah orang luar dan saya percaya kejadian ini dilakukan oleh orang yang tidak profesional.

“Cubaan mereka semalam dan awal pagi ini turut gagal…jelas sekali yang mereka ini tidak profesional. Mereka hanya cuba mengambil kesempatan untuk memecah mesin ATM itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Lokap Berpusat Bayan Baru dekat sini Selasa.

Pada perkembangan lain, Abdul Rahim berkata polis juga telah menahan seorang lelaki berumur 24 tahun bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang cedera akibat terkena tembakan di Perkarangan Golf View Bukit Jambul, dekat sini dua hari lepas.

Katanya, bagaimanapun polis belum dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai tangkapan itu.

“Polis masih meneruskan siasatan berhubung kes itu dan kanak-kanak itu masih menerima rawatan di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Pada kejadian Khamis lepas seorang lelaki melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan dari jarak lima hingga 10 meter dan satu daripadanya menembusi bahagian lutut kiri kanak-kanak yang dikenali sebagai B.Shawn Yashwin.

— BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s