MAPIM GESA MALAYSIA KELUAR DARI RUNDINGAN TPP

Posted: Julai 15, 2013 in Uncategorized

Kenyataan Media MAPIM
14 hb Julai 2013

MAPIM GESA MALAYSIA KELUAR DARI RUNDINGAN TPP

Image

 

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berpendapat, dengan banyak perkara yang tidak menentu mengenai untung rugi dalam perundingan TPPA, adalah lebih baik Malaysia menarik diri dari kumpulan tersebut.

Dalam perbahasan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed nyata membayangkan banyak perkara yang dikatakan Malaysia tidak akan bersetuju dan akan membantah untuk menandatangani perjanjian tersebut jika ia merugikan negara.

Oleh kerana banyak perkara yang dirasa akan merugikan Malaysia dalam perundingan tersebut, mengikuti pusingan seterusnya yang akan mengambil masa dan menampung perbelanjaan wang yang banyak untuk menghantar delegasi Malaysia akan hanya merugikan sumber negara.

Jika TPPA sudah menjadi isu yang dipersoalkan untung ruginya bukan sahaja di Malaysia malah juga diseluruh dunia, kenapa Malaysia maseh harus meneruskan penyertaannya.

Menteri yang bertanggungjawab tetap menyatakan perjanjian itu belum dimuktamadkan lagi. Oleh kerana itu adalah lebih selamat Malaysia tidak mengambil risiko dan memperjudikan nasib ekonomi negara hanya kerana merasakan ada keuntungan sedikit dari TPPA tersebut.

Jika alasannya adalah hanya utnuk mendapatkan akses perdagangan yang menjadi dorongan untuk Malaysia menyertai TPPA, apakah perdagangan selama ini dengan banyak negara perlu diikat dengan syarat yang boleh menyulitkan masa depan ekonomi negara.

Mapim berpandangan Malaysia tidak perlu bergantung kepada perjanjian perdagangan yang mengikat dan mematuhi syarat yang terpaksa dipatuhi termasuk soal cara penyelesaian undang-undang dengan mengguna Mahkamah peringkat antarabangsa ke atas Malaysia bila berlaku pertelingkahan.

Jikapun ada keuntungan yang diperolehi dari perjanjian tersebut, Malaysia harus ingat pengalaman negara-negara lain yang berhadapan dengan tindakan undang-undang antarabangsa bila berlaku pertelingkahan dengan US. Penyelesaian yang terpaksa tunduk kepada undang-undang luar menyebabkan negara yang memeterai perjanjian berhadapan dengan risiko yang berat.

MAPIM tidak nampak bila Malaysia terlepas dari menandatangani FTA dengan US yang cuba dirundingi beberapa tahun yang lalu, kenapa kali ini Malaysia mahu meneruskan pula perjanjian dalam TPPA yang implikasinya adalah sama.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s