DPPUSM MENOLAK USUL PEMILIHAN MPP SECARA DEMOKRASI

Posted: November 11, 2012 in Isu Semasa

Usul Ditolak Oleh Ahli DPPUSM
Usul ini ditolak oleh majoriti ahli DPPUSM dengan menyatakan bahawa mahasiswa perlu menyuarakan bantahan semasa fasa pilihan raya kampus berlangsung dan pembahas hairan mengapa usul ini dibahaskan dalam DPPUSM setelah pemilihan MPPUSM dilakukan sudah lama. Namun begitu, seorang daripada ahli dewan Kampus Kesihatan menyatakan bahawa pihak pentadbiran akan melakukan proses pilihan raya kampus seperti biasa pada masa akan datang kerana pada sesi pilihan raya kampus kali ini tidak dilaksanakan atas sebab-sebab yang tertentu.

Suara Mahasiswa Diiktiraf Melalui DPP
Usul ini tidak perlu dipersoalkan mengapa ia dibincangkan dalam DPPUSM kerana dewan ini menyediakan platform yang menggabungkan suara mahasiswa di semua peringkat kepimpinan mahasiswa untuk menyuarakan suara mereka kepada pihak pentadbiran samada berkaitan dengan isu kebajikan, isu semasa, dan sebagainya seperti yang termaktub dalam perlembagaan USM, Seksyen 64(3). Oleh itu, pada hemat saya, usul ini sepatutnya diterima oleh ahli dewan untuk menguatkan lagi jaminan yang dikatakan oleh seorang ahli dewan bahawa pihak pentadbiran akan melakukan proses pilihan raya kampus seperti biasa pada masa akan datang. Namun demikian, penolakan usul ini menggambarkan bahawa ahli dewan seolah-olah tidak kisah samada pemilihan MPP dibuat secara pemilihan oleh Dekan atau pembuangan undi oleh mahasiswa.

Bercanggah Dengan Perlembagaan Universiti
MPP merupakan badan yang dipilih oleh mahasiswa melalui proses pengundian yang dilaksanakan semasa fasa pilihan raya kampus, bertepatan dengan perlembangaan USM, Seksyen 70(5), iaitu Kesatuan (pelajar berdaftar) hendaklah memilih MPP dalam masa tidak kurang daripada empat puluh hari selepas permulaan sesuatu tahun akademik, melalui undi rahsia yang dijalankan oleh pegawai yang dilantik oleh Naib Canselor. Berdasarkan perlembagaan ini, ia amat jelas menunjukkan bahawa ahli MPP hanya boleh dipilih melalui proses pengundian yang dilakukan oleh mahasiswa yang berdaftar.

Pemilihan MPP Sepatutnya Dilakukan Secara Demokrasi
Seorang sarjana sains politik, Robert A.Dahl mendefinisikan demokrasi sebagai suatu sistem yang memberi peluang kepada rakyat jelata untuk melibatkan diri dalam pembuatan keputusan atau pembentukan dasar. Dalam konteks mahasiswa, pemilihan MPP perlu dilakukan secara demokrasi kerana MPP memainkan peranan sebagai perantaraan antara mahasiswa dan pihak pentadbiran. Oleh itu, mahasiswa berhak untuk memilih wakil mereka sebagai MPP. Sebagai contoh, dahulunya Pusat Pengajian Sains Farmasi tidak melakukan pemilihan MPP Pusat Pengajian melalui pembuangan undi. Namun pada tahun ini, pemilihan MPP Pusat Pengajian Sains Farmasi telah dilakukan secara demokrasi dengan memberi hak kepada semua mahasiswa Sains Farmasi untuk memilih wakil MPP mereka.

Universiti Perlu Beri Jaminan
Walaupun usul ini ditolak, saya berharap agar pihak Universiti menitik beratkan perkara ini dan memberi jaminan kepada seluruh mahasiswa agar pemilihan MPP pada sidang akan datang dilakukan secara demokrasi untuk ketiga-tiga kampus, iaitu Induk, Kejuruteraan, dan Kesihatan.

Ditulis Oleh:

MOHAMAD ISWANDI BIN ISHAK

Mantan MPPUSM 2010/2011

Pro-Mahasiswa USM

Sumber: http://iswandi-mppusm1011.blogspot.com/2012/11/usul-19-pemilihan-mpp-secara-demokrasi.html

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s