MAHASISWA DAN POLITIK: HUBUNGKAIT ANTARA KEDUANYA

Posted: Mei 2, 2012 in Isu Semasa, Mainpost

Saya cukup tertarik dengan beberapa pendapat mahasiswa yang mengatakan mahasiswa tidak perlu berpolitik, politik hanyalah untuk orang dewasa dan kita masih lagi terlalu muda untuk melibatkan diri dalam bidang tersebut. Tidak salah saya mengatakan pendapat ini ada betulnya bahkan Tun Dr. Mahathir sendiri pun melibatkan politik selepas beliau bekerja dan mempunyai duit dan kewangan yang kukuh. Namun perlu diingat, zaman telah berubah dan teknologi semakin maju. Tidak wajar sekiranya kita menyekat sepenuhnya mahasiswa dari berpolitik.

ASET YANG BERNILAI: Mahasiswa merupakan aset pelaburan jangka pajang yang cukup bernilai bagi sesebuah negara. Merekalah golongan berpendidikan yang akan menyumbang banyak kepada pembangunan negara. Bagaimana golongan yang dikatakan berpendidikan ini mampu memberikan hasil yang terbaik kepada negara sedangkan isu-isu semasa dan pengetahuan am berkaitan politik ini disorokkan dari mereka? Adakah wajar kita membiarkan mereka mengadap buku 24 jam semata mata tanpa mengetahui apa pun yang berlaku di sekeliling mereka?

MASA LAPANG: Mustahil kalau kita ingin mengatakan semua mahasiswa yang tidak ambil tahu berkenaan politik menghadap buku 24 jam. Habis, ke mana masa mereka disalurkan? ada yang bergiat dalam aktiviti mahasiswa, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya, namun perlu diingat, berapa ramai yang menghabiskan masa mereka dengan bermain game, tengok bola, gossip pasal artis, ber ‘facebook’ dan ‘chat’ sehingga pukul 3 pagi, saya tidak mengatakan itu perkara yang salah dan tidak salah kalau sekadar ingin melepaskan tension. Namun seandainya mereka mempunyai masa lapang untuk dihabiskan kedalam aktiviti tersebut, salahkah ada yang meluangkan masa untuk mengikuti perkembangan politik diluar?

POLITIK KAMPUS: Hampir semua IPT mempunyai proses pemilihan pemimpin pelajarnya yang tersendiri, kalau politik kampus boleh diiktiraf oleh HEP sesebuah IPT demi mendidik pelajar berkepimpinan dan cakna masalah mahasiswa, kenapa perlu dikekang penyabitan mereka dengan isu politik semasa? alih-alih, isu politik semasa jugalah yang akan mempengaruhi kehidupan mahasiswa didalam kampus, baik secara langusng atau tidak langsung.

FANATISM: Saya tidak menolak, wujudnya golongan fanatik yang dengan jelas memihak kepada parti politik tertentu. Golongan fanatik yang menolak pandangan dan pendapat pihak lain sememangnya harus ditolak, tidak wajar sekiranya mahasiswa berfikir dari satu perspektif sahaja sedangkan apa yang perlu kita fikirkan ialah berkenaan rasionaliti sesuatu isu yang dibangkitkan. Pembangkang atau kerajaan, mana-mana mahasiswa bebas memilih pihak yang mereka mahukan. Jadi apa yang membezakan siapa yang ditunggang dan siapa yang tidak? Ianya adalah berkenaan kebolehan berfikir secara rasional atau tidak terhadap sesuatu isu.

PERPECAHAN MAHASISWA: Kita secara umumnya akan sentiasa berbeza pendapat,meskipun dalam kumpulan yang sama, dan disinilah perlunya perbahasan secara ilmiah atas dasar rasional perlu dilaksanakan. Tidak wajar diwujudkan kebencian terhadap golongan tertentu hanya kerana mereka bereza pandangan dan pendirian. Disinilah kita perlu melihat kepada titik persefahaman dan toleransi. Jangan sibuk mencari siapa salah dan siapa yang betul, jalan penyelesaiannya cukup mudah, apa yang baik kita terima, apa yang tidak kita tolak.

STUDY DULU: “study dulu, pastu barulah berpolitik”. Tak dinafikan, study sememangnya tuntutan paling utama bagi seorang mahasiswa, namun persoalan yang saya ingin tanyakan, apakah fungis sebenar IPT? Melahirkan sebuah mesin yang produktif atau graduan yang berguna? Terlalu banyak ilmu yang boleh dipelajari tanpa perlu mengikuti silibus sesebuah pelajaran, dan PNGK bukanlah penentu kebijaksanaan dan kematangan seorang graduan. Nilai ilmu itu sendiri terlalu tinggi dan tidak akan mampu terungkap walaupun dengan pangkat PhD. Sangat rugi sekiranya seseorang mahasiswa menggunakan alasan study untuk tidak ambil cakna isu-isu politik.

Tulisan Dikirim oleh,

Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s