PINDAAN AUKU DIBENTANG DI PARLIMEN MAC INI

Posted: Februari 17, 2012 in Isu Semasa, Suara Mahasiswa

Pada 24 November 2011 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia telah membuat satu pengumuman untuk meminda Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan mahasiswa berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik di luar kampus.

Hampir 4 bulan berlau, kini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah memberitahu bahawa proses pindaan AUKU 1974 hampir selesai dan rang undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen Mac ini.

PIHAK KPT JALANKAN KAJIAN PINDAAN AUKU MELALUI PORTAL

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah menjalankan soal-selidik melalui portal kementerian dengan mengumpul hasil maklum balas daripada rakyat Malaysia terutamanya mahaiswa berkaitan pindaan AUKU ini. Kajian ini telah dijalankan oleh Jawatankuasa Pindaan AUKU yang ditubuhkan oleh pihak kementerian.

Soal selidik mengenai pindaan AUKU ini bertujuan untuk mengumpulkan pandangan terhadap AUKU secara umumnya.

Beliau berkata, maklumat terperinci berhubung perkara itu akan diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Pada dasarnya ia memenuhi permintaan majoriti pihak berkepentingan yang inginkan supaya pindaan ini dibuat.

“Sekarang kita harus memikirkan apakah yang akan berlaku selepas pindaan dilaksanakan,” katanya pada kemuncak pertandingan Debat Diraja 2012 kategori Bahasa Melayu (Utama) di USM Pulau Pinang.

PINDAAN AUKU MENGEMBALIKAN ZAMAN KEBANGKITAN MAHASISWA

Dato Saifuddin juga berharap agar pindaan yang dibuat diharap dapat mengembalikan zaman kegemilangan gerakan mahasiswa di tahun 60-an dan 70-an yang mana mahasiswa dilihat sebagai pencetus idea untuk pembangunan negara.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s