MAHASISWA YANG CUKUP UMUR DISARAN UNTUK MENDAFTAR

Posted: Februari 17, 2012 in Isu Semasa, Petikan Akhbar

 

Pensyarah Politik dan Pentadbiran Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, kira-kira 60 peratus daripada 3.7 juta rakyat Malaysia yang masih tidak mendaftar merupakan golongan muda yang berusia 21 hingga 30 tahun.

Faktor utama kegagalan 3.7 juta rakyat mendaftar sebagai pengundi dipengaruhi oleh usia mereka yang masih muda dan kebanyakan mereka masih sibuk belajar dan mencari pekerjaan. Anak pasca-kemerdekaan tidak nampak perjuangan politik dalam negara dan ada sesetengah daripada mereka menganggap politik itu hanya merupakan hal ibu bapa.

Menurut Prof Dr. Ahmad Atory, mereka yang membesar pada zaman perjuangan kemerdekaan berlumba-lumba mengundi untuk memilih parti terbaik bagi memerdekakan negara, tidak seperti sikap negatif generasi sekarang.

Beliau turut mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya PilihanRaya (SPR) yang menganggarkan seramai 3.7 juta rakyat Malaysia yang mencapai usia 21 tahun dan ke atas dijangka tidak dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Ini berikutan keengganan mereka mendaftar sebagai pemilih yang sah.

MAHASISWA PERLU DAFTAR MENGUNDI

Pro Mahasiswa USM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya mahasiswa-mahasiswi yang sudah mencapai umur 21 tahun untuk pergi mendaftar sebagai pengundi bagi membolehkan mereka turun mengundi pada PRU-13 nanti.

Pro Mahasiswa USM juga memandang berat isu 3.7 juta rakyat belum mendaftar sebagai pengundi. Bagaimana reformasi atau demokrasi yang diimpikan di rakyat Malaysia akan menjadi kenyataan sedangkan masih ramai yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Oleh itu, Pro Mahasiswa USM berharap agar Suruhanjaya Pilihan Raya dapat membuka kaunter pendaftaran pemilih secara tetap di semua universiti agar mahasiswa yang belum mendaftar dapat mendaftar sebagai pengundi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s