DEBAT DIRAJA: DEBAT MAHASISWA GEGARKAN BUMI MINDEN

Posted: Februari 10, 2012 in Aktiviti, Berita Kampus, Kubang Kerian, Transkerian

Pulau Pinang, 9 Feb : Seramai 500 pendebat daripada 24 institusi pengajian tinggi akan berkampung selama enam hari di Universiti Sains Malaysia (USM) sempena pertandingan Debat Diraja Malaysia kali ke-16 bermula Sabtu ini.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Omar Osman berkata, sebanyak 84 pasukan akan mewakili universiti masing-masing dalam tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu (Utama dan Muda), Bahasa Inggeris (Utama dan Muda) dan Bahasa Arab.

Beliau berkata, ini merupakan kali kedua USM menjadi tuan rumah bagi pertandingan itu yang mana kali pertama pada tahun 1999 dan tahun ini merupakan kali pertama USM menghantar pasukan untuk kategori Bahasa Arab.

Hampir kesemua universiti menghantar pasukan untuk kategori Bahasa Melayu, 15 universiti untuk Bahasa Inggeris dan 10 universiti untuk Bahasa Arab. Walaupun Bahasa Arab tidak menjadi bahasa utama di universiti tapi penglibatan universiti untuk kategori ini bagus.

Timbalan Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar USM, En. Nazru Ismail, berkata pertandingan anjuran Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia itu merupakan pertandingan yang berprestij kerana ia mengumpulkan ramai pendebat daripada semua IPT awam dan swasta. Ini kerana, pertandingan lain ada yang melibatkan antara IPT tetapi spesifik untuk satu kategori sahaja.

Saudari Fatin Syamila Fadzil, seorang pendebat USM bagi kategori Bahasa Arab yang merupakan pelajar Tahun Dua jurusan Sains Biologi (Agrobiologi) dan juga Setiausaha Agung MPPUSM Pro-Mahasiswa berkata penglibatan kali pertama USM dalam kategori itu merupakan cabaran yang besar untuk pasukannya bagi membawa kecemerlangan kepada USM.

“Bagi saya pertandingan ini adalah sebagai langkah pertama untuk kami menimba pengalaman dan belajar sesuatu untuk maju dalam perdebatan Bahasa Arab,” katanya.

Pertandingan debat bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Arab akan diadakan di USM Kampus Induk manakala bagi kategori Bahasa Inggeris akan berlangsung di USM Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal

Advertisements
Komen-komen
  1. Wang Ching Ng berkata:

    Debat Bahasa Arab bila tarikhnya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s