MAHASISWA TUBUH GMPK PEJUANG ISU PENDIDIKAN

Posted: Februari 3, 2012 in Aktiviti, Berita Kampus, Suara Mahasiswa

SUARA INGINKAN PERUBAHAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA TERUS BERGEMA

Terbaru, hasil dari konvensyen yang diadakan di UKM beberapa bulan lalu, satu gabungan mahasiswa yang diberi nama Gabungan Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan yang bertujuan untuk menjadi suara rasmi mahasiswa pendidikan seluruh Malaysia dalam memperjuang isu-isu dasar pendidikan, sumber tenaga pendidikan, mendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kebajikan mahasiswa pendidikan di Malaysia.

Menurut Ahmad Muslihin Bin Ahmad yang merupakan gabenor peringkat IPT mewakili Universiti Sains Malaysia menyatakan visi dan misi gabungan akan menjadi nadi utama bagi mahasiswa pendidik di seluruh IPT di Malaysia.

Idea penubuhan Gabungan Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan (GMPK) telah dicetuskan hasil perbincangan Mesyuarat Pra-Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan pada 29 Oktober 2011 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hasil dari mesyuarat ini, keseluruhannya telah mempersetujui dua resolusi akhir iaitu penubuhan Gabungan Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan yang bakal menggabungkan mahasiswa/i seluruh IPT termasuk IPGM dan mengadakan Konvensyen Mahasiswa Pendidik Kebangsaan dalam tempoh berkala secara tahunan di seluruh IPT di Malaysia.

PERJUANG ISU-ISU PENDIDIKAN

Namun menurutnya lagi, ketika Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan yang telah diadakan selama 3 hari 2 malam pada 2 Disember tahun lalu, pelbagai isu berkaitan dengan dunia bakal pendidik telah diperbincangkan antaranya isu penempatan mahaisiwa bidang pendidikan dan hala tuju bidang pendidikan itu sendiri yang selama ini jarang dibicarakan di medan-medan ilmiah.

Gabungan Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan (GMPK) yang dipengerusikan Mohd Abdullah Bin Mohamed Yusoff (UKM) adalah sebagai satu badan yang menggabungkan semua mahasiswa pendidikan di Malaysia bagi memperjuang kebajikan dan menjadi rujukan kepada mahasiswa pendidikan serta sebagai medium perantara antara mahasiswa pendidikan dengan pihak berwajib.

GMPK mempunyai empat misi utama iaitu melibatkan GMPK dalam semua isu pendidikan negara di semua peringkat, bersedia sebagai sumber tenaga pendidikan negara, membentuk bakal guru yang mempunyai pembangunan sahsiah yang tinggi melalui daya intelektual, serta terlibat secara langsung dalam mencorak Hala Tuju Dasar Pendidikan Negara dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ahmad Muslihin yang juga MPP USM turut menyatakan tema gerakan berkenaan ialah ‘Guru Berkualiti Asas Pendidikan Unggul’ manakala ‘Taqwa dan Ilmu’ sebagai motto gabungan mahasiswa tersebut.

GMPK sebelum ini telah menghantar satu memorandum menggesa Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkaji semula dan menyelaraskan dasar pengambilan Guru Sandaran Tak Terlatih (GGSTT), Kursus Pengajian Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Pengajian Lepasan Ijazah (DPLI), j-QAF dan guru pakar luar negara di setiap peringkat.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s