CORETAN UNTUK MAHASISWA/WI

Posted: Februari 3, 2012 in Rencana

Artikel oleh: Mohamad Iswandi Ishak [MPPUSM Pro Mahasiswa]

Sesungguhnya tiada apa yang lebih bermakna dalam hidup sebagai hamba-Nya melainkan untuk beribadah kepada-Nya dengan penuh redha dan rendah diri. Justeru kita berkewajipan saling mengingati dan menginsafi akan kekurangan dan kelebihan diri melainkan semuanya milik Allah swt semata-mata.

Beri waktu untuk berfikir mencari diri sendiri merenung hak dan amanah yang terpikul selama kita bernafas di muka bumi ini. Kita diberi terlalu banyak ruang dan peluang untuk memperbaiki sejuta kelemahan diri sebelum nafas terhenti.

WAHAI ANAK MUDA/MAHASISWA PEJUANG MASA HADAPAN
Carilah ilmu, teroka seluruh pelusuk alam mengembara ke segenap ceruk dunia untuk mencari sebuah kehidupan yang lebih bermakna. Mengapa kita berkobar-kobar mengejar keseronokan yang tiada berpenghujung tanpa berfikir sejenak tentang kehidupan abadi di akhirat. Bina minda untuk melakar kembali sejarah silam membongkar detik-detik kehebatan, keunggulan tokoh-tokoh ilmuwan yang meletakkan Islam di martabat paling tinggi.

Muhasabah diri kita setiap detik jangan sampai alpa dengan peranan dan tanggungjawab. Hiasi diri dengan akhlak-akhlak mahmudah dan singkirkan sifat-sifat mazmumah. Perlihatkan identiti muslim yang mulia biar menjadi ikutan dan teladan.

RENUNGKANLAH WAHAI ANAK MUDA/MAHASISWA
Dunia semakin dimamah usia semakin dekat menuju Hari Kehancuran. Tidakkah kita sudi menginsafi akan segala kekhilafan dalam diri untuk memohon keampunan daripada Ilahi. Bangkitlah mencari kebenaran, perbetulkan segala kecurangan terhadap agama hasil kelemahan sendiri. Tiada waktu lagi untuk mengejar duniawi semata-mata lalu meninggalkan ukhrawi yang menjanjikan nikmat kekal abadi. Beri peluang kepada diri memperbaiki segala kekurangan mencari kembali jalan pulang. Sesungguhnya kita pembina agama, negara masa akan datang lalu binalah dengan jiwa dan hati yang penuh sifat jati diri seorang muslim sejati.

ANAK MUDA/MAHASISWA HARAPAN NEGARA
Suatu saat dan ketika kita akan mengambil alih kepimpinan negara. Kita akan diberi peluang mentadbir dunia. Tadbirlah dengan semangat anak muda berjiwa patriotik. Kitalah pembangun bangsa. Bangunkan dengan nilai-nilai moraliti yang tinggi. Kitalah pejuang di medan jihad. Berjuanglah menggunakan segala kudrat dan kekuatan mengharapkan kemenangan di sisi Allah S.W.T. Biar apapun gelora yang melanda hadapi dengan hati yang tenang kerana perjuangan memerlukan kesabaran dan kekuatan akal fikiran.

Justeru itu, tinggalkan segala perilaku jelek dan jangan biarkan syaitan berterusan menjadi penghalang melakukan segala kebaikan. Selamat Berjuang.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s