ISU BB1M: MAHASISWA PERLU BEINTEGRITI

Posted: Januari 29, 2012 in Berita Kampus, Isu Semasa

Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lalu di Parlimen telah membentangkan serta memberitahu bahawa Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta akan diberikan kepada 1.3 juta mahasiswa dalam bentuk pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun begitu, selepas penyerahan Baucar Buku 1Malaysia yang bernilai RM200 kepada mahasiswa IPT dan pelajar Tingkatan 6 dilaksanakan, kita diberitakan dengan tindakan segelintir mahasiswa yang melelong baucar-baucar yang diterima pada harga lebih rendah di Internet. Sepatutnya, baucar-baucar tersebut seharusnya ditebus dengan membeli buku-buku yang diperlukan sebagai material kuliah untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan bukannya sebagai jalan untuk mengaut untung segera yang bersifat sementara.

Dunia Buku Meriah Dengan Baucar
Dunia buku yang agak suram pada 1980-an dan 1990-an kita telah kembali ceria dan berjaya hidup selepas koma seketika sepanjang 20 tahun lalu apabila novel-novel kembali mendapat tempat di hati penggemarnya, berpuluh judul baru terhasil setiap bulan. Ini sekali gus mengejutkan industri buku-buku. Buku genre lain juga turut terkena tempiasnya seperti buku motivasi, agama dan lain-lain.

Ini adalah rentetan daripada pemberian baucar buku yang diberikan oleh kerajaan kepada mahasiswa. Kita dapat lihat bahawa kedai-kedai buku begitu penuh dengan mahasiswa yang mahu menebus baucar buku tersebut. Deretan barisan menunggu bayaran yang dahulunya pendek sudah berderet sehingga ke belakang.

Mahasiswa Perlu Berintegriti Tinggi
Pro-Mahasiswa USM berharap agar mahasiswa perlu menunjukkan integriti dalam menggunakan baucar buku yang diberikan dengan membeli buku-buku yang berfaedah serta dapat membantu dalam proses pembelajaran sebagai mahasiswa. Mahasiswa perlu amanah dan jujur dalam menggunakan baucar buku yang diberikan ini.

Pro-Mahasiswa USM juga agak kesal dengan tindakan segelintir mahasiswa yang menyalahgunakan baucar buku yang diberikan dengan melelong dengan harga yang lebih rendah di internet bagi mendapatkan keuntungan yang bersifat sementara bagi tujuan kepentingan peribadi.

Hukuman Penjara dan Sebatan Tidak Rasional
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya telah menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes ini dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

Menurut beliau, mahasiswa yang menjual dan melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebatan.

Pro-Mahasiswa USM merasakan tindakan yang wajar perlu diambil sebagai pengajaran kepada mahasiswa yang menyalahgunakan pemberian ini untuk kepentingan peribadi. Namun begitu, tindakan penjara, denda dan sebat dianggap tidak rasional. Tindakan ini tidak adil dan bukannya jenayah seperti rogol, merompak dan lain-lain jenayah.

Akhir kata, Pro-Mahasiswa USM berharap agar mahasiswa perlu mempunyai integriti yang tinggi dalam menggunakan baucar buku yang diberikan ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s