USM ANTARA 5 UNIVERSITI YANG DIBERI AUTONOMI

Posted: Januari 28, 2012 in Berita Kampus, Nasional, Petikan Akhbar

Universiti Sains Malaysia (USM) telah dianugerahkan Sijil Autonomi bersama-sama empat Universiti Penyelidikan (RU) lain iaitu UM, UKM, UPM dan UTM sempena Majlis Amanat Tahun 2012 Dato’ Seri Mohamed Khaled Noordin, Menteri Pengajian Tinggi yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

USM juga turut menggondol tempat kedua Webometrics Ranking of World Universities Julai 2011, Penarafan 5 Bintang Penilaian Portal/Laman Web Sektor Awam 2011 dan tempat kedua Penialaian Portal/Laman Web Sektor Awam 2011 bagi Kategori Institusi Pengajan Tinggi Awam.

Kuasa Autonomi Dalam 4 Bidang
Dato’ Seri Mohamed Khaled Noordin berkata, USM dan 4 lagi Universiti diberi kuasa autonomi dalam empat bidang merangkumi urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik serta pengambilan pelajar.

Pemberian autonomi ini bertujuan supaya tiada alasan lagi untuk universiti tersebut tidak mencapai kecemerlangan. Untuk mencapai kecemerlangan, mereka mesti ada kuasa autonomi dan tidak terikat dengan kaedah dan peraturan kerajaan.

Dengan pemberian kuasa autonomi, universiti ini mempunyai peluang dan kuasa secukupnya untuk membuat keputusan bagi memastikan institusi tersebut mencapai kecemerlangan dalam semua aspek. Sistem governan yang berteraskan autonomi ini melibatkan integriti dan akauntabiliti yang tinggi dan ia perlu dipatuhi oleh universiti-universiti yang terlibat.

Autonomi Perlu Merangkumi Pemansuhan AUKU

Pemberian autonomi kepada Universiti akan lebih bermakna sekiranya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mencengkam kebebasan universiti dimansuhkan. Selama ini AUKU telah terbukti sebagai penghalang utama autonomi universiti dan kebebasan akademik.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s