PANDANGAN MAHASISWA “PERLUKAH MEDIA ALTERNATIF”

Posted: Ogos 14, 2011 in Isu Semasa

Baru-baru ini kumpulan aktivis mahasiswa yang diketuai oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah berjaya menganjurkan kempen “Jom Baca Media Alternatif”. Kempen itu dibuat menjurus ke arah untuk menjadikan media alternatif sebagai salah satu sumber maklumat utama kepada rakyat di negara ini. Selain itu, kempen ini juga bertujuan mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan mereka  kepada persepsi yang lebih terbuka dan memberi peluang  kepada rakyat melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza.

Pro Mahasiswa USM berasa terpanggil untuk bertanyakan apa pandangan mahasiswa USM berkaitan kempen “Jom Baca Media Alternatif” yang dianjurkan oleh SMM ini samaada kempen ini bermanfaat atau tidak. Jom kita tanya pandangan mereka.

Sawalliyati Abd Saleh

“…Dunia tanpa sepadan dengan perkembangan teknologi dan multimedia, memberikan ruang dan peluang kepada manusia kini untuk menjadi lebih terbuka dan mengambil sikap ‘baca dan banding’. Perkembangan pesat ini membuatkan media alternatif kini  semakin mendapat tempat di hati orang ramai. Media alternatif seperti internet serta penyiaran audio dan video digital disifatkan seperti  ‘counter hegemony’ kepada madia arus perdana. Perkembangan mendadak ini sekali gus berjaya merubah persekitaran masyarakat dari pasif ke aktif. Kejayaan ini menjadikan label media alternatif ini bertukar kepada media alternatif radikal. Dalam konteks mahasiswa atau golongan yang di nisbahkan sebagai golongan intelektual ini, kebolehan memonopoli media alternatif ini sangat terbuka luas untuk kalian. Selari dengan keupayaan ini, sikap ‘baca dan banding’ sepatutnya bukan masalah besar untuk kalian. Amat terbataslah keupayaan golongan intelektual ini jika hanya mengambil pandangan dari hanya satu-satu pihak. Kepada yang  gemar terlibat secara aktif dalam menggunakan media alternatif ini, ubahlah persekitaran kalian sebaik mungkin dan jangan gentar bila kalian dilabel sebagai golongan radikal…”

Khaw Seng Hean

“…Saya setuju dengan kempen yang dianjurkan oleh SMM ini disebabkan oleh media utama hari ini dimonopoli oleh sebelah pihak sahaja. Saya berpendapat bahawa kita sepatutnya mendapatkan maklumat dan informasi yang lebih luas dari semua sumber. Ini dapat membolehkan kita berfikiran terbuka dan rasional dalam menilai sesuatu isu. Saya juga berharap agar diskusi sesuatu isu secara adil patut dilakukan antara pembaca dan pihak terlibat agar mendapat kesahihan sesuatu maklumat…”

Mohamad Iswandi Ishak

“…Media memainkan peranan yang penting dalam sesuatu masyarakat untuk menyebar luaskan informasi dan maklumat. Media seharusnya menyampaikan maklumat yang seimbang dan mendidik masyarakat serta menjadi medium perantaraan dalam sesuatu masyarakat. Dalam sistem demokrasi pula, media merupakan sumber primer dalam komunikasi massa. Media massa pada masa kini telah melalui arus globalisasi iaitu media kini bersifat universal dan tiada sempadan. Dunia hari ini jelas menunjukkan penguasaan media dapat dianggap sebagai satu kuasa yang utama dalam pemerintahan sesebuah negara. Penyebaran maklumat yang tepat dan jitu oleh media massa adalah satu proses tanggungjawab sosial kerajaan kepada rakyat dalam pemerintahannya. Jadi saya berpandangan bahawa apabila media arus perdana menyiarkan berita yang berat sebelah dalam sesuatu isu jadi media alternatif ini merupakan agen check and balance kepda rakyat…”

Advertisements
Komen-komen
  1. NURUL HUSNA MOHD HUSAIN berkata:

    media alternatif sangat penting bg 1 mahasiswa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s