KENAPA PERLU MEDIA ALTERNATIF

Posted: Ogos 10, 2011 in Uncategorized

Oleh:

Muhammad Hanif Bin Alias

Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat

Mantan YDP Persatuan Mahasiswa Islam USM 2010/2011

 

 

Apakah itu sebenarnya media alternatif. Jika kita melihat kepada Kamus Dewan Bahasa edisi ke-empat, alternatif bermaksud pilihan yang merupakan kemestian (keharusan), atau satu pilihan antara dua kemungkinan. Apakah pula yang dimaksudkan dengan media? Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi ke-empat, media ialah alat atau perantara komunikasi (perhubungan) seperti radio, televisyen dan akhbar. Secara amnya, pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi ini dapat menyampaikan maklumat dan berita kepada orang ramai dengan cepat.

Boleh disimpulkan bahawa media alternatif ialah satu pilihan lain yang di ambil oleh masyarakat untuk berkomunikasi antara satu sama lain, sama ada melalui perbualan, menonton televisyen, mendengar radio dan melayari internet untuk mendapatkan sesuatu maklumat.

Jika kita merujuk kepada kajian yang dilakukan oleh internet world stastistik atau boleh rujuk kepada laman web http://www.internetworldstats.com/asia.htm#my. Stastistik menunjukkan bahawa kadar penggunaan internet di seluruh dunia meningkat. Disamping itu, negara Malaysia juga tidak terkecuali daripada terkena tempias terhadap perubahan masyrakat seluruh dunia. Merujuk kepada stastistik di bawah:

Dapat kita melihat kepada kadar penggunaan internet dan popolasi penduduk seperti dibawah:

Tahun Penggunaan Internet Pertambahan Populasi % Penggunaan Internet
2000 3700000 24645600 15.00%
2005 10040000 26500699 37.90%
2006 11016000 28294120 38.90%
2007 13528200 28294120 47.80%
2008 15868000 25274133 62.80%
2009 16902600 25715819 65.70%
2010 16902600 26160256 64.60%

Stastistik di atas dapat dilihat dalam laman web berikut http://www.internetworldstats.com. Merujuk kepada perkara di atas, hal ini menunjukkan kadar penggunaan internet di Malaysia meningkat saban tahun. Ini membuktikan bahawa media alternatif merupakan sesuatu yang relevan untuk dipraktikan. Selain daripada itu, penggunaan media alternatif dapat membantu masyarakat untuk membuat pilihan, sama ada mahu membaca akhbar tabloid harian atau media alternatif yang lain. Kewujudan media alternatif juga dapat merancakkan lagi dunia media massa dan membebaskan media dari sebarang kuasa politik di Malaysia. Jika kita melihat kepada indeks media massa Malaysia, yang telah dikeluarkan oleh Freedom House di lawan web:

http://www.freedomhouse.org/images/File/fop/2011/FOTP2011GlobalRegionalTables.pdf/

kita dapat melihat bahawa kadar kebebasan media pada hari ini tidaklah bebas seperti yang di wawarkan oleh akhbar tabloid dan televisyen. Jika kita merujuk kepada kedudukan kebebasan media Malaysia kita masih jauh ketinggalan dengan jiran terdekat kita iaitu Indonesia.

Dapat disimpulkan disini bahawa, kewujudan media alternatif merupakan satu petanda baik dalam industri media di Malaysia. Disamping itu, rakyat juga dapat membuat pilihan dan kadar maklumat yang diperolehi oleh rakyat juga akan meningkat. Hal ini sekali gus, dapat mematangkan lagi pemikiran masyarakat untuk menilai perkara yang baik dan perkara yang buruk.

Advertisements
Komen-komen
  1. Habib Ahmad berkata:

    MAJLIS2 ILMU SEPANJANG RAMADHAN

    1. Majlis Ihya Ramadhan di Madrasah at-Tazkiyyah

    2. Pengajian Kitab dan Tazkirah Ramadhan Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki Sepanjang Ramadhan 1432

    3. RAMADHAN SERIES 15TH

    4. Majlis Khas Di Masjid Ar Ridhuan

    5. Tazkirah Ramadhan Bersama Ulama Syria, Syeikh Prof. Dr. Muhammad ‘Abdul Lathif
    ]http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/08/farfur.jpg

  2. Great items from you, man. I’ve understand your stuff previous to and you’re simply
    extremely great. I actually like what you’ve got here, really like what you are saying and the way in which you are saying it. You make it entertaining and you continue to take care of to stay it sensible. I can not wait to read far more from you. That is really a tremendous site.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s