SAJAK: KEPADA CENDEKIA SOLIDAR

Posted: Ogos 8, 2011 in Isu Semasa

Kita wajar ikhlas murnikan sumber kuasa bangsa,
Menghakis label-label bongkak yang disusup puaka.
Kini para bangken sedang berlindung di sebaliknya,
Dengan media gergasi pertajam taring dustanya.

Cendekia muda kini tenaga tulus dan waja,
Semakin cekal bangkit sebagai wewira perobah.
Mereka tentangi kuasa cemar berlendir dosa,
Berazam melawannya demi mengharum satu era.

Pening gas dan pedih air mencemar dekad merdeka,
Kuasa bobrok ghairah merongrong demokrasi luka.
Kita wajar mensyahdukan benih kuasa yang sakti,
Dan dengan khusyuk mendeklamasi puisi berani.

Senja ini lara, dan kita tetap menyembuhnya.
Ya, kita dakapi demokrasi tulen seakrabnya.

Oleh: A. Samad Said.

Puisi ini dideklamasikan sempena Majlis Pelancaran Kempen ‘Jom Baca Media Alternatif’ di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) pada 7 Ogos 2011.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s