MAHASISWI DOMINASI IPTA MALAYSIA

Posted: Julai 17, 2011 in Isu Semasa, Nasional

Artikel Oleh:

Siti Nur Atikah Bt Shamsudin

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar USM 2010/2011

Pusat Pengajian Sains Fizik

 

 

 

 

 

Fenomena lambakan mahasiswi di IPTA bukanlah suatu isu baru bahkan isu ini pernah di bincang dalam parlimen. Ada ura-ura yang mengatakan, pelajar lelaki akan di tawarkan lebih banyak tempat di universiti dengan syarat yang tidak terlalu ketat berbanding perempuan kerana statistik menunjukkan pelajar perempuan mendominasi 70% dari jumlah keseluruhan pelajar di universiti. Keadaan ketidakseimbangan ini sudah berlaku lebih sedekad lalu apabila kerajaan memperkenalkan sistem meritokrasi bagi kemasukan ke IPTA.

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2010, jumlah penduduk Malaysia mengikut jantina telah menunjukkan jumlah lelaki melebihi perempuan iaitu seramai 14,379.9 juta berbanding 13,870.6 juta. Namun begitu, keputusan permohonan kemasukan ke IPTA seluruh Malaysia yang diumumkan oleh Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi telah menunjukkan sebaliknya iaitu seramai 65.5% pelajar perempuan telah berjaya dalam permohonan.

Di Universiti Sains Malaysia, fenomena ini benar-benar berlaku dan dapat dilihat dengan jelas apabila banyaknya bangunan kolej kediaman/desasiswa disediakan untuk pelajar perempuan berbanding lelaki.

Persoalannya disini ialah dimanakah pelajar lelaki? Ada nada sinis menjawab, lelaki lebih banyak tertumpu di pusat serenti. Adakah itu jawapan persoalan ini sebenarnya? Beberapa kajian dan soal selidik telah dilakukan untuk mengetahui kecenderungan pelajar lelaki. Hasilnya, pelajar lelaki sebenarnya lebih menjurus kepada bidang kemahiran. Mereka tidak suka  membaca dan menghafal yang akhirnya ‘dimuntahkan’ atas kertas jawapan peperiksaan.

Oleh itu, kebanyakan pelajar lelaki mencari jalan keluar bagi permasalahan ini dengan memilih bidang pekerjaan atau melanjutkan pengajian di institusi lain seperti Politeknik, Institut Kemahiran, Institut Latihan Perindustrian dan sebagainya.

Kesimpulannya, semua pihak terutamanyan Kerajaan serta golongan mahasiswa-mahasiswi perlu komited dalam usaha memikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk memperbetulkan keadaan ketidakseimbangan ini supaya keperluan tenaga kerja dan pembangunan sumber manusia dapat diseimbangkan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s