UTUSAN MALAYSIA MASUK SEKOLAH

Posted: Julai 13, 2011 in Petikan Akhbar, Rencana

Artikel Oleh:

Mohamad Iswanndi Bin Ishak

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar USM 2010/2011

Pusat Pengajian Teknologi Industri

 

 

 

 

 

Akhbar merupakan salah satu media utama yang berperanan sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan kepada orang ramai kerana ia merupakan wadah yang paling cepat untuk menyampaikan maklumat terkini. Akhbar juga merupakan bahan bacaan utama rakyat kerana fungsinya sebagai pelapor isu semasa walaupun negara kita telah mencapai era penggunaan sains dan teknologi.

Namun begitu, penulisan dalam akhbar sering berlaku ketidak seimbangan atau berat sebelah terutamanya dalam soal politik. Pada 7 Mei 2011 yang lepas, Utusan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan “Kristian Agama Rasmi” dan baru-baru ini pada 15 Jun 2011 akhbar ini juga berani mengeluarkan satu karikatur yang bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol”. Penulisan dalam akhbar ini boleh mejejaskan perpaduan kaum di negara ini kerana ia bersifat provokasi yang menyentuh sentimen agama.

Oleh itu, atas rasa kesal dengan perbuatan mereka, mahasiswa bangkit menyuarakan kritikan dengan membaca akhbar Utusan Malaysia secara terbalik sebelum mengoyak dan memijak sebagai tanda bantahan. Tindakan ini telah menyebabkan sedikit persepsi negatif rakyat kepada akhbar ini. Hal ini merupakan satu pengajaran agar penulis dalam akhbar ini perlu lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan agar tidak menimbulkan provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti kaum, agama dan lain-lain.

Penghujung Jun yang lalu, HSBC Amanah Takaful (Malaysia) telah menaja akhbar Utusan Malaysia berjumlah RM115,250 kepada 25 buah sekolah rendah setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu di lima negeri terpilih iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Pulau Pinang. HSBC mahu menyokong golongan muda khususnya murid sekolah rendah dan memberi mereka peluang untuk mendapat pendidikan yang lebih baik.

Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, “…di setiap negeri, murid di tiga buah sekolah kebangsaan dan masing-masing sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan memperoleh 25 naskhah Utusan Malaysia yang disumbangkan oleh pihak kami…”.

Kesimpulannya, walau apa cara sekalipun usaha untuk mempromosikan semula akhbar ini, saya melihat penulisan dalam akhbar sangat penting dan perlu lebih adil. Ini mampu menarik semula kepercayaan rakyat untuk terus bersama dengan akhbar perdana ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s