PRO-M USM KESAL DENGAN TINDAKAN UTUSAN MALAYSIA

Posted: Jun 17, 2011 in Isu Semasa, Nasional

Utusan Malaysia, 15 Jun 2011, Halaman 15


Pro Mahasiswa USM sangat kesal akan tindakan Utusan Malaysia yang mengeluarkan isu kartun “Kekeliruan Kes Rogol”. Pro Mahasiswa USM menyifatkan isu kartun ini pada mulanya bermotifkan polimik politik tanah air. Namun begitu, mesej yang cuba disampaikan oleh akhbar tersebut menunjukkan betapa primitifnya Islam dalam menghakimi sesuatu kes.

Secara tersurat menerusi lakaran kartun yang disiarkan, ia cuba menggambarkan seorang wanita yang mendakwa dirinya dirogol dan hanya mempunyai rakaman handphone sebagai bukti dan dakwaannya ditolak oleh “tok penghulu” kerana gagal membawa empat orang saksi sebaliknya dakwaan dia diterima oleh “datok”.

Menurut pandangan Dr Asri berkenaan isu kartun Utusan Malaysia ini
“..kartun Utusan itu memang salah faham tentang perbezaan zina dan rogol tapi apakah dia menghina Islam? atau itu satu sendaan kepada mereka yg salah faham tentang hukum tersebut? atau dia menggambarkan kesalahan faham sesetengah pihak atau dia hendak berpolitik sahaja atau memang menghina agama? semua itu perlu diteliti sebelum hukuman dijatuhkan…”

Persatuan Ulama' Malaysia

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir pula berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam. Jadi pihak PUM mencadangkan kartunis ini perlu diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.
“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam..”

Selain itu, pihak PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

Turut mengulas isu kartun Utusan Malaysia ini, saudari Fatin Syamila Binti Fadzil, Setiausaha Agung MPPUSM 2010/2011, beliau menegaskan tentang kepentingan akhbar sebagai medium penyebaran maklumat.
“..akhbar sepatutnya menjadi medium atau alat untuk menyebarkan kefahaman yang sebenar kepada masyarakat bukannya menambahkan kekeliruan. Hal ini kerana pensabitan terhadap jenayah rogol menurut sisi syarak tidak sama dengan pensabitan jenayah zina..”

Pada pandangan peribadi saudara Mohamad Iswandi Bin Ishak, ahli MPPUSM 2010/2011 (Pusat Pengajian Teknologi Industri) menyifatkan lakaran kartun yang dibuat ini sangat mendukacitakan kepada seluruh umat Islam.
“..sebagai seorang mahasiswa, saya merasakan tindakan mahasiswa yang mengoyak dan memijak akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini adalah wajar atas sikap biadap Utusan Malaysia yang mengeluarkan kenyataan yang bersifat provokasi yang menyentuh sentimen agama di negara ini yang juga boleh mejejaskan perpaduan kaum. Kini sekali lagi, Utusan Malaysia mengeluarkan kenyataan yang bersifat provokasi yang menyentuh sentimen agama dalam lakaran kartun..”

Konklusinya, Pro Mahasiswa USM sangat kesal dan sedih atas tindakan Utusan Malaysia yang mengeluarkan isu kartun “Kekeliruan Kes Rogol” ini. Diharapkan Utusan Malaysia selepas ini perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, karikatur dan sebagainya agar tidak menimbulkan provokasi yang menyentuh sentimen agama.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s